Quantcast
Channel: " Cahaya Yang Riang Gembira "
Viewing all 340 articles
Browse latest View live

A Comedian And A Killer?!

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam pagi Selasa. Eh. Esok dah mula cuti sekolah sempena tahun baru Cina eh? Bila nak dekat Chinese New Year, tak semena-mena mesti teringat kenangan zaman sekolah dulu. Dulu aku sekolah Cina, jadi boleh dikatakan 95% dari pelajarnya berbangsa Cina. Aku ingat lagi kenangan ikut kawan-kawan beraya rumah mereka, dah puas beraya rumah kawan pergi pula rumah cikgu. Habis satu taman perumahan kami tawaf. Datang beraya, kopek buah mandarin sebiji dua, makan gula-gula, dapat duit, balik!! Haha. Dah habis taman sendiri, pergi pula taman sebelah. Ouh. I miss my childhood.

When I was a small kid, I used to be so bright and very active. Lots of friends because I was easy going and humorous. But as I grew up, the sense of humor, it kinda lost the touch. Friends? Also not so much. Part of the reason I named my blog Cahaya Yang Riang Gembira, because I thought I wanna bring back the old me. That little bright and funny girl I used to be. It's a happiness when you're able to make other people happy.

This one here is just another fun thing that I did on Facebook few days back. Ramai benar orang sibuk duduk share Wikipedia tentang diri mereka, jadi aku pun saja-saja cuba. Well, ini bukan betul-betul, just for fun. But, I love how the Wikipedia wrote about me.

A comedian!! One of the most hilarious human being alive


Yerp. You are right. A comedian. An occupation where you entertain people and make them laugh. Thank you Wikipedia. Lol!

Have you tried yours? Bet it's going to be funny too. Oh yeah, I never thought I worth 26 million. Haha. Anyway, have a great day people. Happy holiday. Take care. Assalamualaikum.


Easy Come Easy Go

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Salam pagi Ahad. Sekejap benar cuti Tahun Baru Cina habis ya. Sempatlah pulang ke Kota Tinggi jenguk orang kampung walaupun cuma 2 hari. Tak boleh lama-lama sebab adik yang praktikal dekat KPJ Ampang Putri pun dah nak sambung praktikal dia semula. Apa pun, seronok dapat pulang ke kampung. Tapi cuaca di Johor memang agak panas, bahang terasa naik sampai ke kepala.

Bila balik, macam-macam orang kita jumpa, macam-macam cerita kita dengar. Terutama sekali pasal "perhubungan". Apa yang aku boleh simpulkan, selalunya benda yang datang secara senang, akan pergi juga dengan senang, macam petik jari saja. Selalunyalah.

Contoh yang paling dekat dengan diri sendiri, adalah manusia dan perasaan. Dengan tak semena-mena ianya datang dalam hidup kita, like a surprise. And of course we will think it is too perfect to be true. Dan seperti yang dijangka, what comes easy won't last, and what lasts won't come easy. Macam mana senang dia datang, begitu senang jugalah dia pergi. No lingering feels.

Jadinya bila dah susah payah cari dan jumpa, jangan lepaskan. Cuba pegang selagi terdaya. Kalau ianya berbaloi untuk kita berusaha pegang dan simpan, jadi berusahalah sehabis daya. Salam hujung minggu semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


For A Bit Less

$
0
0
Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam kasih sayang.

* * * * *
It's funny because when you're a child, you believe you can be anything
you want to be, go whenever you want to go. There's no limit to what you
can dream. You expect the unexpected, you believe in magic, in fairy tales
and in possibilities. Then you grow older and that innocence is shattered
and somewhere along the way the reality of life gets in the way and you're
hit by the realization that you can't be all you wanted to be, you just
might have to settle for a bit less. - Cecilia Ahern

[Credit to Sis Cheryna's a.k.a Kak Sha's Instagram]

P/S : A big fan of her. ^^


 I love browsing through Instagram. One of my favorite Instagrammer (Does this word even exist? Lol!) is Sis Cheryna, I've known her through blog a few years back. What I can say about her Instagram is, browsing through all her pictures are like therapy for the eye and soul. The pictures are tempting of course, and the caption, full of information or quote from a novel or movie, poetic and full of emotion. And this one here, is from Cecilia Ahern. I just love this.

A journey from childhood to adulthood.

Masa kita kecil-kecil dulu, macam-macam kita berangan kita nak jadi. Kalau sebut cita-cita, mungkin lebih dari 10 agaknya. Tengok movie atau drama, mulalah khayalkan yang entah apa-apa. Hmm. Because of our innocence. We are so young and so naive, we believe in everything. It's like you can even reach for the stars, moon and the sky. Right?


Masa tadika, cita-cita nak jadi pramugari. I became very fashionable at that age, plus girly. Bila dah naik sekolah rendah, dari lembut jadi ganas, boyish. Terpengaruh dengan Power Rangers, apa lagi. Sampaikan kalau masa dekat sekolah, pergi tandas konon, tapi sebenarnya sibuk ber"it's morphin time". Masuk darjah 6, dah matang sikitlah. Belajar lebih sikit. Alhamdulillah dapat score UPSR, zaman 1999, aku satu-satunya pelajar Melayu yang dapat 7A dalam UPSR di daerah Miri, jadi aku kena wawancara oleh 2 syarikat akhbar Cina. Bila sampai soalan cita-cita, aku jawab aku nak jadi saintis. Heh. Jujur aku cakap, aku tak tahu pun apa sebenarnya saintis buat. Tapi sebab bunyinya macam maju, jadi kita balun jugalah sebut.

Waktu menengah waktu banyak monolog dengan diri sendiri. Zaman yang aku sangat taksub dengan dua benda, MAGIC dan FAIRY TALES. Bila tengok Sabrina The Teenage Witch dengan Charmed, aku yakin semua orang boleh buat magik. Hari-hari aku fokus sambil hayun-hayun tangan konon nak alihkan barang, telekinesis katanya. Zaman ini jugalah zaman hati senang "tersangkut" (read as CRUSH). Fairy tales kan!! Budget dapat jumpa prince Charming dan happily ever after, tapi sampai sekarang pun solo. Haha. 


I am a person who always expect the unexpected, kadang kita tahu benda itu takkan mungkin jadi, tapi tetap berharap. I was full of hope during my teenage years. Sampaikan masa zaman matriks, aku sangat giat mencari cikgu-cikgu dan kawan-kawan masa belajar di Miri dulu, even dah 4 tahun terpisah. Guess what, I was able to reach almost all of them including Pengetua aku masa sekolah menengah merangkap ayah angkat aku, cikgu BM dan cikgu pidato aku. I tracked each one of them and I succeeded. That's all because of HOPE.

My innocence start shattered, I guess around the age of 19? After I finished my ASASI, I was still playing around, not even try to look into life. Then I got an offer to do my degree, in Audiology. That's when it hit me. I kept asking myself, what I really want. I want to do everything but it's not like I get to do everything at the same time. So I applied to become a doctor. My medical school days was 50% serious and 50% playful. Still hard to let go that innocence side, that's why my parents always said that although I'm 28, I still act like a girl in her early 20s. That's not a compliment by the way.

I try to become more determined. Even though I may appear unmotivated, "pasrah", but actually I'm driven inside. It's boiling up. Haha. Even now, I'm struggling to set my path right, again! But I will not lose hope. I'm trying to settle for a bit less.
:)


Have a good day people. Assalamualaikum.

UNGU - Aku Tahu (Video Lirik)

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama kan tak menulis. Malas. Mood ke laut. Sibuk nak prepare itu nak prepare ini, jadi sampai ke sudah tak berupdate.

Kali ini kita kongsikan satu lagu cukuplah. Lagu baru Ungu yang bertajuk Aku Tahu. Lagu layan perasaan katanya. Haha. Lagu yang bagi aku agak selfish tapi berani. Kisah macam mana si lelaki yang masih menyimpan rasa dan berpegang lagi pada kenangan cinta lama, susah dia nak lepaskan. Satu hari dia jumpa seseorang yang mampu buka hati dia. Dia minta perempuan itu untuk tunggu dia, beri dia waktu untuk lupakan kisah cinta lama dia, kenangan lama dia.

Dia janji yang dia akan datang, dan hatinya nanti adalah sepenuhnya untuk perempuan yang menanti dia itu. Nampak selfish dan ego kan? Tapi si lelaki sebenarnya berani, berani untuk pegang pada rasa dia, dia yakin dengan perasaan dia. Mungkin dia tahu perempuan itu yang terbaik, jadi dia minta untuk diberi masa bagi melupakan kisah cinta lama dia.

I wish I can be that brave. Asking for someone to wait for me. Heh. But here I am, trying so hard to forget Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, the one yang takkan pernah "kunjung tiba". Ahh! Apa benda yang aku merepek petang-petang buta macam ini. Haha. Anyway, layankan sajalah lagunya Labu.

Have a great day people. Assalamualaikum. 



UNGU - AKU TAHU
Aku tahu, aku tahu, aku tahu
Aku Salah
Tuk memintamu 
Tuk menungguku

Aku tahu, aku tahu, aku tahu 
Aku salah 
Ini egoku 
menggantungkanmu

Ku mohon
Sabar-sabar sebentar beri aku waktu
Tuk meninggalkan cinta lama yang masih bersamaku
Bukan maksudku untuk mempermainkan dirimu

Cobalah untuk mengerti keadaaan ini
Karna hanya kau yang bisa memahami semua ini
Sedih dan air mata tak dapat lagi ku tahan

Aku kan datang
Aku kan datang
Tuk hapus air matamu dengan bahagia

[KREDIT LIRIK KEPADA CLIQUERS BANDUNG]

Alkohol, Otak, Akal

$
0
0
Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian untuk kita semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Terdetik hati nak kongsikan scene di dalam comedy series The Big Bang Theory ini, sebab aku rasakan ianya sangat bermakna walaupun mungkin tujuan asalnya untuk mencetuskan komedi. Tapi bagi aku mesej yang disampaikan sangat tepat sekali.

Dalam scene tersebut Dr. Sheldon Cooper menasihati Penny yang dia tak sepatutnya mengambil "ALCOHOL" sewaktu mengendalikan jentera berat. Heavy machinery? Jentera berat? Lebih kuranglah. Bila Penny tanyakan apa jentera berat tersebut dan Dr. Sheldon terus tunjuk pada "BRAIN".

Nampaknya mereka pun bersetuju, alkohol tidak boleh diambil sebab ianya akan mengganggu fungsi otak kita. Ianya mengkhayalkan, mengganggu kewarasan kita untuk mempertimbangkan sesuatu. Baik atau buruk, otak dah tak mampu nak tentukan bila alkohol masuk dalam sistem badan kita. 



Sebab itu datangnya ayat yang berbunyi, arak adalah ibu segala maksiat dan kejahatan. Dalam Al Quran sendiri, Allah dah turunkan ayat-ayat tentang pengharaman arak. Salah satunya, Allah berfirman dalam Surah Al Maidah ayat 91 :


Otak kita ini adalah organ yang penting untuk kita, kurniaan Allah pada kita manusia, membantu kita menjalani hidup sehari-harian. It affects everything, judgement, making decision, emotion, daily functioning. Bahkan aku pernah terbaca kajian yang mengatakan, walau dalam tidur sekalipun, otak kita ada fungsinya juga. Cuma mungkin aktivitinya kurang sedikit berbanding sewaktu kita sedar. Tetapi, ianya masih beroperasi.

What I'm trying to say is, as long as we are alive, our brain keeps operating. So as long as we live, shouldn't we keep ourselves away from alcohol? Am I right? Tubuh badan kita ini pemberian Allah, takkan kita tak bersyukur dengan pemberian DIA, takkan nak berlaku zalim pada tubuh badan kita, kan?

Salam Jumaat semua. Have a great weekend ahead. Assalamualaikum.


Hujan Sepi

$
0
0
"Hujan terus turun.
Mendengar sayu sepinya hati.
Menanti kembalinya irama hati.
Pengubat mimpi jiwa terisi."

"Sudah puas sudah.

Diri dinanti oh tidak kembali.
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati.
Disini aku, kau menjelmalah."

IPPO HAFIZ - HUJAN SEPI



HEART SPEAKS : Sepi?! Hurm.

OST Drama TV3 Talak - Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim

$
0
0
Assalamualaikum.

Selamat malam. Ouh. Esok dah Isnin. Ingat nak tidur awal, tersangkut kejap depan tv sebab telemovie di TV3 yang bertajuk TALAK lakonan Fizo Omar, Diana Danielle dengan Fadzil Zahari. Sebab apa tersangkut?

Sebab terkejut. Haha. Serious seriau bila tengok Fizo Omar (Bad) cakap dengan bini dia, kalau antara mereka salah seorang tidur dengan orang lain, maka jatuh talak. Angkara cemburu buta suami dia, dan si isteri pula terlalu rapat dengan bestfriend dia yang mana berjantinakan lelaki. Dua-dua salah sebenarnya. Tapi point utama sebenarnya nak cakap, talak bukan boleh buat main-main, pakai sebut. Kalau tak, jadi macam cerita ini. Tup tup si suami yang ter-tidur dengan perempuan lain. Hmm.

Apa pun, kena tidur sebenarnya. Tapi kita up satu post dulu sebab OST dalam telemovie ini memang favorite. Hehe. Jom layan. Okay daa. Selamat malam.

Assalamualaikum.


GAMBAR KREDIT KEPADA BUDIEY.COM



CAKRA KHAN - SETELAH KAU TIADA

 

"Setelah Kau Tiada"

Tak sempat ku mengerti, kau tunjukkan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada

Baru kuterima kau hembuskan angin saat ku bernafas
Siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah ku hiraukan semuanya
Hingga kinipun kau tiada

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada

Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini
Sampai nanti kau akan kembali, ye...

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada

Terlambat kusadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang takkan mungkin pernah ada
Yang takkan mungkin pernah ada

SUMBER DI SINI


SITI NURHALIZA - TERBAIK BAGIMU

 

Lirik Lagu Terbaik Bagimu - Siti Nurhaliza 

Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Chorus:
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Ulang Chorus

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu

Ulang Chorus

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/12/lirik-lagu-terbaik-bagimu-siti-nurhaliza.html#ixzz3V7uYVPwu


Kanak-Kanak Kena Sakat

$
0
0
Assalamualaikum.

Tadi blogwalking terpandangkan gambar kanak-kanak kena sakat. Aduh. Comel sungguh. Ouh. Keinginan nak ada anak meningkat 100 kali ganda waktu dan ketika ini. Boleh jadi pengubat duka lara bila dengar ketawa anak-anak. Betul tak? Walaupun aku tak ada anak lagi, but I believe it's true. Semoga tercapailah segala hasrat diri secepat yang mungkin. Haha. Okay, nak merapu satu perenggan saja. Confirm semua orang akan tengok kanak-kanak kecil itu berkali-kali. Cute to the max.

Okay sampai sini. Jaga diri. Have a great weekdays ahead. Assalamualaikum.
:)





=P


Drama Korea Producer KBS2 - Drama Paling Hit Tahun 2015?

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama tak update soseh-soseh pasal drama Korea. Last sekali pasal 4 buah drama yang dinantikan, ingat lagi tak? Dan rata-rata keempat-empat buah drama tersebut mendapat sambutan yang agak baik terutama sekali drama lakonan Ji Sung bertajuk Kill Me Heal Me, yang itu memang terbaik.

Kali ini sebuah lagi drama yang aku confirm memang dinantikan oleh semua peminat Running Man (AKU!!), peminat 2 Days 1 Night (AKU!!), peminat Kim Soo Hyun (AKU!!), peminat Gong Hyo Jin (AKU LAGI!!) dan peminat IU. Memang gah line up pelakon drama bertajuk PRODUCER ini. Drama ini dijangka akan ditayangkan samada pada penghujung April atau Mei melalui saluran KBS.

Jangan risau, aku pasti kalau ditayangkan di KBS, dah tentu KBS World pun akan turut tayangkan drama ini.


Bila aku dengar Cha Tae Hyun akan membuat comeback dan berlakon dalam drama bersiri terbaru, memang excited habis. Tambah lagi bila tahu akan digandingkan dengan hero You Who Came From The Stars, Kim Soo Hyun. Heroin dia pula dah tentu pelakon kesukaan aku yang pernah berlakon dalam drama popular seperti The Greatest Love, Master's Sun dan It's Okay That's Love.

Dan seperti yang diketahui ramai, Cha Tae Hyun dan Kim Jong Kook merupakan sahabat baik, dan drama ini akan menampilkan buat pertama kali Kim Jong Kook sebagai seorang pelakon, dan bukan cameo okay. Aku yakin drama ini akan dapat perhatian daripada peminat rancangan variety show yang dibintangi Cha Tae Hyun (2 Days 1 Night) dan Kim Jong Kook (Running Man). 

Dengar cerita script reading pun dah berlangsung 2, 3 hari lepas. Tak lama penggambaran pun akan dimulakanlah. Drama ini akan berlatar belakangkan dunia penyiaran, macam drama On Air yang pernah popular satu ketika dulu. Harapnya, cerita ini bawa satu lagi kelainan dan tarikan, mungkin akan jadi drama paling hit tahun 2015?
=p

Okay, sampai sini. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


CREDIT PICTURES TO VERONA from SOOMPI

Jom tengok sikit trivia yang ada tentang drama ini. ^^

Trivias

"Kim Soo Hyun will play a former law school student and he became a PD cause he wanted to chase his first love."(source)

"Gong Hyo Jin and IU will showcase a different charm from their previous work. A confrontation between the two charming heroines will increase the dramatic fun" (source)

"Script for Episode 2 is completed and the casts who had read the script expressed that it is very interesting." (source)

"Gong Hyo Jin is going to be this bossy "Scary Unnie" PD. The rest of the PDs will tread carefully around her & her moods." (source)

 "Currently, the production team is advancing on negotiating cameos in secrecy." (source)

"Currently, the writer asked staff not to reveal about the story to public anymore." (source)

"KBS drama division and entertainment division are fighting a war of nerves over time slot of "Producer". (source)

"Kim Joong Kook is very busy and not accustomed to acting so he was hesitant to accept this offer, but..."(source)

" Producer script reading started at 1pm KST.." (source)

"Producer" will shoot from early April to late June." (source)



Sekilas Pandang Nak Pandang Lagi : #TemanLelakiUpahan

$
0
0
Assalamualaikum.

Tajuk entry kita hari ini agak klasik ya, sekilas pandang gitu. Since few years back, banyak karya-karya novel tempatan kita diadaptasikan ke drama mahupun filem. Ramai yang mengkritik penghasilan novel-novel seperti ini dan mengatakan tajuk mereka merapu dan isinya entah apa-apa. Malah mengandungi banyak pengaruh buruk.

Well, sebagai seorang yang pernah gilakan novel suatu ketika dulu, prinsip aku dalam membaca adalah, aku baca apa saja. Setiap darinya, kalau tak banyak pun pasti ada sedikit pengajaran yang boleh kita ambil. Orang kata, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kritikan yang diberikan pada penulis biarlah membina dan bukan menjatuhkan. Biar mereka ada ruang untuk baiki, supaya novel-novel mereka akan datang lebih berevolusi. Seriously, I don't know why people love to bash when you can talk nicely. Percakapan kita, attitude kita, menggambarkan siapa kita. A reminder to me as well.

Eh, balik semula pada kisah Teman Lelaki Upahan kita, banyak dah merapu. Haha. Aku tak follow sangat pun drama bersiri ini dekat tv, sebaliknya aku download setiap episod dan marathon aku pun dah bermula malam tadi. 


Aku tak nak sentuh bab plot atau isi cerita Teman Lelaki Upahan, sebab semua orang pun tahu jalan ceritanya kan. Lagipun, sambutan untuk drama ini memang agak hangat dan trending di Malaysia. Bagi aku, Azma Aizal Yusoof memang genius. Buah tangan dari beliau kebanyakannya memang tak pernah mengecewakan. Respect dengan kecekalan semangat dia, bangun dari saat gelap dia dulu dan explore sesuatu yang he is good at. I want to have that spirit, able to squeeze through hardships in life and become someone better. Heee.

Drama Teman Lelaki Upahan ini boleh dikatakan salah satu drama yang berjaya diadaptasi sebab selalunya peminat novel akan complaint yang produksi drama adaptasi don't do justice to the novel. But, Teman Lelaki Upahan, rata-rata orang dekat luar sana memang dah jatuh cinta dengan drama ini. 

Aku, memang tak baca lagi novel coretan Azura Rasiddin ini, jadi aku tak dapat nak kata mana lagi best. But for me, it doesn't matter novel best ke drama best ke, ianya dua elemen yang berlainan. Satu pembacaan, satu tontonan. Apa yang kita boleh dapat dari membaca, mungkin kita tak dapat dari menonton. Sebaliknya jugalah apa yang kita dapat dengan menonton, kita tak dapat melalui pembacaan. Well, just my 2 cents. 


Actors and actress line up untuk drama ini memang perfect. Dari teraju sampailah supporting, they are good with their job. Awalnya dulu, ramai juga aku dengar, tak yakin dengan drama ini boleh jadi best, tak suka hero heroinnya. So now. have your opinion changed? Heee. 

Personally, aku rasa Ungku Ismail dengan Elizad adalah pelakon underrated. These 2 people got incredible talent in acting but kita jarang dapat tengok mereka jadi teraju utama drama / filem. Masa aku tonton Sutun dan kenal Ungku Ismail, I really hope that he can be a "frequent hero" for our local dramas one day. Dan sekarang, Isnin sampai Ahad boleh tengok dia jadi hero dalam Teman Lelaki Upahan dan Terlanjur Mencintaimu. Anda semua boleh nampak macam mana dia bawa watak EL, hidup sangat. And acting dia, sempoi. Elizad pun sama, selama ini dia banyak mainkan watak supporting actress dan ada kalangan penonton yang mungkin tak berapa sedar comeback dia, but now she has proven herself to be a highly talented actress. Kyra Lydia, phewww!!!

For me, drama Teman Lelaki Upahan deserve a round of applause. Personally, I love this piece of project. Supporting actors and actresses are incredible in their own way too. Especially Sis Fazlina and Bro Azhan Rani. Looking forward for more projects of these talented people. Drama Teman Lelaki Upahan, memang "hidup". Aku jarang nak review pasal drama Melayu, tapi sebab ianya tengah hangat, jadi biarlah aku join sekali kehangatannya dan give my 2 cents.

Okaylah, sekian komen dari saya yang agak malas menulis pagi ini. Erk?! Salam Jumaat semua dan selamat berhujung minggu ya. Jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : Satu juta liter air mata habis merembes dari episod 24 sampai 28. Hahaha. Melampau kan. Kekeke. Tapi memang touching habis. Tsk tsk.


Apa Yang Orang Kita Suka Baca?

$
0
0

“A reader lives a thousand lives before he dies, said Jojen. 
The man who never reads lives only one.” 

Assalamualaikum.

Tergerak sangat hati ini nak menulis tentang ini bila mana melihatkan banyak manuskrip aku yang tersadai separuh jalan, menjerit-jerit menantikan bilakah mereka akan ketemu penghujung kisah mereka. Heh. Tipulah kalau kata tak ada masa, idea pun dah dikembangkan menjadi rangka-rangka cerita, cumanya keraguan dan ketakutan bersarang, buat aku berhenti menulis sekejap. Well, lama juga sebenarnya.

Adanya demand maka adalah supply. Bila mana nak menulis, aku akan survey dulu pasaran, buku apa ada, jenis yang macam mana, dan yang paling penting mestilah kita nak tahu, APA YANG ORANG KITA SUKA BACA? Di pasaran, ada lambakan macam-macam jenis novel. Ikut apa yang aku perhatikan, ada 2 jenis kategori, dan keduanya berada di kedua-dua hujung ekstrem yang berlawanan.

Satu hujung sana, adalah penulis dan pembaca yang penuh dengan fantasi, plot-plot yang kadang tidak berapa realistik tapi tetap menarik sesetengahnya. Dan di satu lagi hujung sana, adalah penulis dan pembaca yang boleh kita kategorikan sebagai indie, peminat novel jenis ini mengatakan novel mereka lebih dekat dengan jiwa pembaca, berseni, artistik, realistik dan deep.


Aku mula membaca novel pada usia 8 tahun. Dan buku pertama yang aku mulakan, adalah koleksi novel Cina bergenrekan adventure science fiction karya dari penulis popular Ni Kuang yang memang popular masa zaman itu. Watak Wei Si Li / Wisely yang wujud dalam setiap novel beliau buatkan semua orang kenal Wei Si Li ketika itu. Semua berebut nak lengkapkan koleksi novel Wei Si Li mereka. Menurut sumber, Ni Kuang menulis lebih 100 buah siri Wei Si Li. Tapi aku tak berjaya pun baca semua koleksi beliau, cuma dalam 20 buah saja.

Selain Wei Si Li, aku pun sangat gemarkan novel Cina klasik bergenre romantik. Sebab yang bestnya, setiap kali waktu rehat, kami kawan-kawan akan ambil masa untuk berborak pasal jalan cerita setiap novel yang kami baca. Sebab itu aku zaman sekolah rendah aku, aku rasakan zaman yang paling produktif. Haha. Tamat saja sekolah rendah, tak ada dah siri Wei Si Li yang aku layan. Barangkali dah muak. 


Bila paginya di sekolah rendah kebangsaan, aku tanam minat baca novel Cina. Sesi petang di sekolah agama rakyat pula, aku terjebak dengan 2 jenis cerita. Satu adalah buku-buku fiksyen Melayu seperti Siri Salma, Siri Hadi, Enid Blyton, siri English RL Stine dan banyak lagi. Satu lagi jenis pula adalah himpunan kisah-kisah nabi. Macam-macam jenis buku kisah nabi yang aku baca ketika itu, dari nipis hinggalah ke tebal, dan aku tak pernah jemu.

Naik ke sekolah menengah, aku mula kumpul novel-novel cinta Melayu dari Alaf 21, baca novel cinta memang mengkhayalkan. Lagilah di usia muda remaja begitu kan. Haha. Selain dari Alaf 21, aku sangat sukakan Harry Potter series, Buffy The Vampire Series dan Angel Series. Aku rasakan feeling bila tonton drama lain dan bila baca novel pula lain. Duit belanja sekolah aku banyak habis pada bahan pembacaan dan CD masa zaman sekolah aku. Tapi, aku puas. Puas bila dapat membaca. Terasa macam duduk dalam dunia baru sambil perhati manusia yang ada pelbagai karakter.


Sebenarnya aku berhasrat nak sambung manuskrip-manuskrip yang tersadai. Ada 2 genre yang aku tulis, satu dah tentu-tentulah kisah cinta. Mana boleh lari dengan identiti Dr Jiwang yang aku pernah pegang satu ketika dulu dalam dunia blog. Haha. Dan lagi satu aku menulis himpunan kisah aku masa zaman aku lalui tahun klinikal dan juga zaman setahun lebih housemanship.

Well, I want something to share to. I want to give a world to people, for them to look at, to live in, even just for a little while. Cuma aku ragu-ragu, aku yang orang kita suka baca mungkin tak sama dengan apa yang aku suka tulis. Tapi orang kata, tak cuba tak tahu kan. Kita tengoklah macam mana nanti. Kita tengok.

Okay semua, jaga diri ya. Selamat bekerja. Selamat belajar. Assalamualaikum.


"Either write something worth reading or do something worth writing." - Benjamin Franklin -

Sensory Couple? The Girl Who See Smells?

$
0
0
Assalamualaikum.

Demam Teman Lelaki Upahan dah habis kan? Okay, sekarang sambung cerita drama Korea macam biasa eh. Walaupun sebenarnya, masih lagi duduk teringat kisah El dan Kyra Lydia. Ops!!

Okay, kali ini nak update drama yang menggantikan Hyde, Jekyll And I. Ya, drama yang berkisarkan multipe personality disorder itu telah pun menamatkan siarannya minggu lepas, dengan jumlah episod keseluruhannya, 20 episod.


Yup! Inilah drama baru yang dah pun memulakan tayangannya di Korea malam tadi. Drama ini ditayangkan di SBS, jadi nantikan kedatangannya di ONE HD lepas habis saja Hyde, Jekyll And I. Tajuk dia THE GIRL WHO SEE SMELLS a.k.a SENSORY COUPLE dan mungkin akan ada 16 episod. Macam-macam tajuk orang Korea jadikan drama sekarang ya. Dekat Korea sekarang, macam dekat Malaysia juga, kita sibuk adaptasi novel jadikan drama bersiri. Manakala dekat Korea sekarang, macam dah jadi trend, adaptasi web komik dan dijadikan drama bersiri.

Kalau dah namanya komik, mesti ada selit unsur fantasi. Itu yang buat orang tertarik nak menonton. Same goes to this series, THE GIRL WHO SEE SMELLS. Aku dah tengok episod 1, dramatik gila masa pertama kali heroin dia boleh NAMPAK BAU. Boleh bayangkan tak?? Bau daripada manusia pun boleh nampak okay!!! Haha.

P/S : RUNNING MAN pun buat cameo dalam episod pertama THE GIRL WHO SEE SMELLS okay.


Masa mula-mula drama ini di-offer kepada Suzy Miss A (merangkap kekasih hati Lee Min Ho), aku excited jugalah. Tapi memandangakan Miss A dah mula comeback mereka, jadi Suzy terpaksa tolak tawaran ini dan digantikan dengan Shin Se Kyung (Fashion King, Blade Man). Personally said, I don't like her at all. Tapi memandangkan storyline cerita dia yang best, plus dah lama tak tonton drama lakonan JYJ Yoochun, jadi aku tutup mata sajalah. Haha.

Tapi, lakonan Shin Se Kyung dalam drama ini agak bagus juga, ada kemajuan nampaknya. Good good!! Keep it up Se Kyung!! Hoho. Micky Yoochun anda semua dah biasa tengok dia berlakon kan, drama dia Rooftop Prince dan 3 Days selalu diulang tayang di ONE HD. Jom tengok sikit info pasal drama ini yang dipetik dari KOREANDRAMA.ORG.



Title: 냄새를 보는 소녀 / The Girl Who Can See Smells
Chinese Title: 看見味道的少女
Previously known as: 감각남녀 / Sensory Couple
Genre: Fantasy, Romance, Comedy
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2015-April-01 to 2015-May-21
Air time: Wednesday & Thursday 21:55



Synopsis
Based on the webcomic “Naemsaereul Boneun Sonyeo” by Man Chwi which was first published from 2013-July-23 via "cartoon.media.olleh.com".

3 years ago, Choi Moo Gak (Yoochun) lost his younger sister in the “BarCode Murder Case”. Since then he has become cold and insensible. Meanwhile, Oh Cho Rim (Shin Se kyung) miraculously survived in the same incident. Since then she had an amnesia, but also gained the ability to see smells.





Okay, selamat menonton bagi sesiapa yang decide nak tonton. Setakat ini, episod pertama nampak agak promising, harapnya momentum dia kekal. Storyline dah best dah. Okay semua, selamat petang. Jaga diri.

Assalamualaikum.


LoveSimplyIrresistible : Homemade Kek Yang Sedap, Murah Lagi Bombastik Di Melaka

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam pagi Ahad. Pagi yang indah ini marilah kita bersama menjamu mata dengan melihat kek-kek yang cantik, lagi mengiurkan ya. Haha. Sebenarnya dah lama sangat aku nak publish entry ini, tapi tak habis-habis lagi menulisnya. Haha.

Aku nak kongsikan pengalaman aku beli homemade kek. Oh ya, untuk penduduk Melaka saja. Bangi pun tak silap aku dah ada, resepi yang sama, cuma tukang bake dia orang lain-lain. Aku memang kalau dah tahap malas, tambah pula teringin mengidam nak makan macam-macam, aku akan survey sampai dapat apa yang aku nak. Sama jugalah seperti kes pencarian kek ini. Kononnya mengidam nak makan RED VELVET, RAINBOW CAKE, VICTORIA SANDWICH. Jadi mulalah mencari di Instagram, dan akhir sekali berjumpa dengan yang berkenan di hati.

Adik ini tuan punya Instagram LoveSimplyIrresistible, nama dia Fatin Syazalina. Tak sangka rupanya junior sekolah menengah aku. Apa yang best, ada macam-macam kek. Yang biasa, yang premium, cup cake. Dan dia sedia terima tempahan untuk macam-macam occasion. Customer service tip top. Senang berurusan dengan adik manis ini. Selalunya order 5 - 7 hari awal, bank in dan selesai.

Aku order 3 biji kek mini yang setiap satunya berharga RM 20. Victoria Sandwich memang pergh!! Red Velvet aku jenis sukakan yang punya rasa cream cheese yang kuat, yang ini pun not so bad. Rainbow cake dia lagi perghhh!! Tak sangka mak aku pun berkenan dengan rainbow cake dia. Haha. Tak rugilah beli. Harga berpatutan, sedap memang sedap.

Eh! Ini bukan iklan berbayar, cuma saja nak kongsikan kegembiraan dan kepuasan hati seorang pelanggan. Ecewah. Aku dah 2 kali beli kek dengan, dan aku memang puas hati. Okay semua, selamat menjamu mata. Good day. Assalamualaikum.


P/S : Kek yang paling aku teringin nak cuba, Nutella Hazelnut. Ada rezeki lebih bolehlah cuba. Heeee. ^^









Budak Baru Dari Megat Sharizal

$
0
0
Assalamualaikum.

Filem pendek bertajuk Newbie (Budak Baru) arahan Megat Sharizal ini, dah 2, 3 kali aku ulang. Kisah seorang doktor muda (houseman) yang baru memulakan kehidupannya sebagai seorang houseman. Ahh!! Memori datang menyinggah pula tiap kali menontonnya. Kalau anda nak tahu, houseman ini, walaupun hakikatnya kita telah berhempas pulas menghabiskan 5 tahun pembelajaran, otak pun penuh berisi ilmu perubatan. Tapi bila saat dia mula berpijak dalam dunia pekerjaan, dia ibarat seorang bayi yang baru lahir.

Saat pertama kali pijak kaki masuk dalam wad, pandang senior-senior houseman yang masing-masing sibuk, dengan harapan ada yang berpaling, senyum dan mungkin yang baik hati akan tolong kita kenal selok belok dunia yang baru ini. Kita cuma mampu terpinga-pinga dan membontoti mereka. Bila nak ambil darah, pasang branula, buat blood culture, terkulat-kulat juga. Haru dengan macam-macam botol yang penutupnya ada macam-macam warna. Heh. Kuncinya, ringankan mulut bertanya dan selalulah tersenyum. Tak kisah pada siapa pun. Berbaiklah dengan nurses, AMO, PPK, even cleaner sekalipun. Respect them, as they are human too. Somehow you'll feel like all positive things will eventually going your way.

Ada senior yang nampak kerek, tapi sebenarnya banyak input yang kita boleh dapat dan belajar dari mereka ini, sebab dalaman mereka tak kerek mana pun. Ada pula yang memang kerek tak boleh nak kata apalah, senyum marah, senyap membisu pun marah, senang kata serba tak kenalah. Dari mereka ini pun kita boleh belajar sesuatu, kita belajar sabar. 


Masa mula-mula kerja, clerk patient memang berjam lamanya, bila MO / Specialist datang dan ajak buat round, mulalah gelabah. Tambah gelabah bila kita seorang saja yang ada di situ, dan MO / Specialist tersebut menujukan ayat tersebut pada kita, "Jom Round!!". Kalau semua kes dalam genggaman, tak ada hal punya. Tapi kalau cuma sekerat dua kerat saja kes yang kita tahu, memang rasa nak lari keluar dari wad. Malu oii! Tapi itulah yang mendewasakan kita. Practice makes perfect. Lama kelamaan semuanya akan mengalir macam air. Satu benda yang perlu kita pegang, walau macam mana garang bos kita, sangat suka cari salah kita, tak sebulu dengan kita, RESPECT kena sentiasa ada. Selalunyalah kan, dalam pengalaman aku, lepas sebulan dua, garang mereka akan beransur kurang kalau kita sentiasa balas dengan senyuman, respect, dan yang penting rajin dan sentiasa nak tahu dan belajar. Bosses really love these kind of HOs.

Budaya membeza-bezakan HO mengikut universiti mereka memang masih wujud. Mungkin sebab pembelajaran dan praktikal yang diterima berbeza-beza. Bagi aku, it doesn't matter where you graduated from, kalau kau berusaha, rajin, dan nak belajar, semua benda kau boleh redah. Ramai saja HO yang graduate dari Indonesia, Russia yang excel dalam housemanship mereka. So, no worries. ^^

Houseman, walaupun syif kerja dia kalau tak oncall selalunya 13 jam, tapi selalunya dia tak akan balik tepat pada waktu pun. Kadang-kadang sampai meleret 16, 17 jam. Kita bekerja dalam pasukan, rasa tak sedap bila orang lain berhempas pulas buat kerja, kita punch card dan balik. Mula-mula, perasaan kerja lebih masa memang terpaksalah. Tapi lama-lama, kau seronok, dan tak sedar pun dah terlebih masa, sebab kau bekerja dalam pasukan, here for each other. Haha. 


Masa mula-mula aku harung dunia housemanship dulu, memang stress, terasa sepi, rasa menyesal. Apa aku buat, balik rumah, menangis sikit, sikit sajalah. (Iyolah sikit!!) Mandi, solat dan tidur. Esok pagi bangun, setiap langkah yang kau ambil masa nak pergi kerja, saat keluar saja dari rumah sampailah ke hospital, ringankan mulut berzikir. Motivasikan diri, cakap aku boleh buat hari ini, aku boleh redah hari ini, aku boleh, aku boleh, aku boleh. Lama-lama, seronok bekerja akan datang sendiri. Stress pun akan makin berkurangan.

Hmm. Ada waktunya aku menyesal, kenapa aku tak boleh nak tahan dengan sakit aku dan redah saja semuanya, kalau tak semuanya akan fall into its right place. Tapi benda dah jadi, kita tak boleh nak mempertikaikan lagi benda yang dah pun terjadi. Satu dialog yang cukup terkesan untuk aku, "Bukan kerja ini saja, kerja lain pun boleh tolong orang. Hakikatnya, semua kerja sama saja. Ada naik dan turun. Dan kadang tak adil. Tapi tak semua benda ada dalam kawalan kita."

Aku akan terus bantu orang. Walau macam mana dan apa cara sekalipun, ingat, semua kerja pun boleh tolong orang. Salam Isnin semua. Have a great weekdays ahead. Assalamualaikum.


P/S : The interesting thing is that, pelakon-pelakon dia nampak macam doktor betul-betul. And Azlynn, she is a lawyer. Wow. Good job guys, sebab menghidupkan situasi dan kehidupan seorang doktor budak baru dengan agak baik. Thumbs up.
:)

Tonton Avengers : Age Of Ultron Di AEON Bandaraya Melaka?

$
0
0


"There is one path to peace. Their destruction."

Assalamualaikum.

Remembering the entry that I wrote 3 years back (Ouh! How time flies!), dated in 2012, a memory that I shared with my siblings, getting an opportunity to watch The Avengers and we left the theater in awe. The show was GREAT!! And now, it's already 2015. 

We've been waiting for this since the day that we stepped out of the theater after watching The Avengers. (Ouh! Exaggerating much!) And finally, Marvel's Avengers - Age Of Ultron is coming to your cinema this 23rd April. It's been quite some time since I visit the cinema for a movie, don't have the mood to mingle in the society, nafsu mati. Huh.

But luckily, I give myself a break for this. Lol! I booked the show on 24th April, again watching with my dearest siblings, I just love a siblings day out. Can't wait to scan the code and sitting with a popcorn in my hand watching the BIG GREEN GUY, again. Haha.

Ouh yeah. And that quote above that, the one that I remembered after watching the official trailer. And I'm pretty pissed off with that. Huh. Well, lets see how the bad guy ends in this sequel of The Avengers. Daaa.

Have a great day people. Assalamualaikum.





Terkilan

$
0
0
Assalamualaikum.

Amboi. Lama tak update satu apa pun, diam seribu bahasa, tapi sekali update terus "TERKILAN" ya. Haha. Okay, I'm serious. Perasaan aku sekarang adalah sangat-sangat terkilan.

Semenjak dua menjak ini kalau buka Facebook, akan nampaklah isu-isu semasa dunia perubatan yang senior-senior aku, kawan-kawan aku kongsikan. Tak lama dulu, gerakan anti vaksin, dan sekarang orang sibuk duduk bertelagah soal natural birth. Maksud natural birth adalah proses kelahiran yang tidak melibatkan medical intervention, contoh macam tidak menggunakan ubat bius, tiada episiotomi, tak ada semua benda alah vakum, forsep, malahan juga C-Section. That is natural birth.

Masing-masing cuba pertahankan pendirian masing-masing, tapi yang paling buat aku tertarik dan teringat sampai sekarang, adalah komen seorang rakan kepada senior aku, seorang doktor, dia katakan "Natural birth tidak digalakkan sebab kita bimbang kalau ada komplikasi yang bakal berlaku. Macam mana kalau ada pendarahan tanpa henti, atau jangkitan, atau kalau bayi terlalu besar sehingga menyukarkan proses kelahiran dan sebagainya." Maka ada satu komen balasan kepada statement doktor tadi yang bunyinya lebih kurang begini, "Kenapa semuanya nak kalau ini kalau itu, tak percaya pada qada dan qadar?" Dan berterusan, meleret-leret, panjang lagi perbidasannya sampai dah masuk soal agama. Aku bukanlah arif pasal agama, tapi mungkin kita perlu sama-sama baca kembali apa sebenarnya konsep tawakal dalam Islam.

Pengalaman aku ketika posting O&G dulu cukup buat aku buka mata. Ada yang proses kelahiran mereka smooth saja tanpa ada masalah, dan tak kurang juga yang aku jumpa alami terlalu banyak komplikasi. Ya, semuanya adalah aturan dariNYA, tapi sebagai manusia kita juga kena ikhtiar. Aku ingat lagi 2 tahun sudah, waktu itu pagi raya, aku bertugas. Seorang ibu datang hendak bersalin sangat dah, bila diperiksa rupanya si ibu ada masalah uri rendah yang mana boleh menyebabkan pendarahan semasa bersalin. Si ibu itu tak tahu menahu langsung sebabnya dia tak pernah datang untuk sebarang check up. Memang keadaan ketika itu sangat kelam kabut, tapi alhamdulillah dengan bantuan pakar-pakar dan MO ibu dan anak itu selamat.



Tapi bukan itu yang aku terkilankan. Haha. Pagi tadi terbaca sebuah screenshot status Facebook seorang hamba Allah yang mengatakan, "Student medik dah tepu dengan buku teks yang dah dimanipulasi. Bahawasanya pelajar medik tak boleh bila orang lain yang bukan arif dalam bidang perubatan berbicara soal perubatan. Sesungguhnya 95% dari apa yang ada dalam buku teks medikal boleh didapatkan di internet."

Yes. Itu pernyataan yang buat aku terkilan sangat-sangat. Automatik seluruh kehidupan aku selama 5 tahun menuntut ilmu perubatan sebelum ini, muncul satu persatu dalam fikiran. Setiap satu kenangan dan pengalaman, jerih perih yang aku lalui. Kalau betul 95% boleh didapatkan di internet, rasanya aku tak perlu ulang final professional exam aku sampai dua kalilah kot. Sia-sialah 5 tahun yang aku belajar kan? 

Aku ingat lagi berapa banyak air mata aku mengalir masa aku lalui peperiksaan profesional akhir aku, aku rasakan betapa banyak aku baca pun, tetap tak cukup. Unfortunately, I failed my final exam. And I have to repeat it again after 6 months. That struggle, that hardwork, that sweat and tears, kena repeat 6 months, dan kalau fail, 6 months lagi dan seterusnya. Sebab apa? Untuk kita berjaya lulus dalam peperiksaan dan bergelar seorang doktor. Bukan saja bergelar doktor, tapi doktor yang baik dan selamat. It's not just me, I've also witness the struggle of a few of my classmates yang going through 7 years 8 years untuk genggam ijazah MBBS. So guess how we feel, bila orang kata apa yang kami belajar 95% daripadanya boleh didapatkan di internet. Huuu. Sedih kita.

Okaylah. Mungkin partially anda betul. Mungkin apa yang kami belajar dari buku teks ada di internet, TETAPI itu semua cuma superficial saja. We learn from A to Z about each and everything. Tahun pertama dan kedua, it's all about theory. The basic of everything. Then we learn the mechanism, how does this will end up to that, what is the process in between, the pathogenesis, how the process can change from this to that, the dynamic of everything. We learn everything in depth. Mungkin ya apa yang kami belajar di tahun pertama dan kedua kami, anda boleh jumpa di internet dan anda boleh baca.

Tapi, tahun ketiga, keempat dan kelima, it's all about PRACTICAL. And I still remember what most of my lecturers said, what you are facing in real life, the practical of it, usually it's different from book. You can learn the gist of it through reading, but how to go around the concept that you read from book, how reality represent itself, you can only figure out through practical, experience. Sebab itulah kita cuma ada dua tahun teori dan untuk praktikal, kita perlukan TIGA tahun. It's not something that you can easily get from book. Through reading, maybe everyone can become a doctor, but through practical and experience that we make a good and safe doctor.

Tak salah ada pendirian dan pandangan sendiri. It's good to learn and read something outside of our specialty. TAPI, tolong jangan tutup pemikiran kita, dan tolong rendahkan sedikit ego kita, untuk terima juga pandangan lain, beri ruang dan peluang untuk idea lain masuk supaya kita boleh pertimbangkan semula, nilai semula. Anda mungkin betul dan saya mungkin salah, atau saya mungkin betul dan anda salah, jadi untuk sampai kepada keputusan yang betul atau salah, sentiasa buka fikiran kita, buka hati kita untuk belajar menerima. Tak cukup pandangan pertama, minta pandangan kedua, ketiga, kesepuluh pun tak kisah. Jangan sampai orang kata kita bodoh sombong. Duduk berbincang guna akal fikiran yang waras dan jangan ikutkan sangat emosi. Setiap apa dalam dunia ini, ada kebaikan dan ada keburukan.

Hmm. Panjang pula luahan hati kita ya. Kalau nak ikutkan bukan soal ini saja, banyak lagi even bukan soal perubatan, yang mana kita terlalu taksub dengan pendirian kita dengan apa yang kita baca, sampai kita menidakkan semua pandangan lain dan tak boleh terima luar dari apa yang kita pegang. And people, that is dangerous.

Okaylah, sampai sini saja. Sampai jumpa lagi di entry akan datang, yang entah bila ada masa nak menulis. Jaga diri semua. Assalamualaikum.

Resepi Orang Bujang Ketika Bulan Puasa - Ayam Dan Taugeh Saja!

$
0
0
Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, ampun maaf dipinta andai ada segala salah dan silap selama mengenali diri kita. Esok kita dah pun menginjakkan kaki di bulan Ramadan, syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Jom sama-sama kumpul amal dan pahala. Yang mana buruk, kita buang. Yang mana dah baik, kita jadikan lagi terbaik. Jom kita!
:)


Lama kan tak menconteng? Oleh kerana esok dah mula puasa, kita publishlah entry yang dah lama diperam sebenarnya. Masih lagi berstatus bujang Ramadan kali ini, walaupun tinggal dengan mak, tapi kadang-kadang masak jugalah. Praktis katanya. Sebab utama aku kongsikan resepi yang mudah gila ini kerana kedua-dua inilah adalah makanan kesukaan aku. AYAM dan TAUGEH!!! Kalau ada 2 jenis makanan ini pun bagi aku dah cukup. Pandai-pandailah ubah nak masak apa jenis lauk.

TAUGEH GORENG

1 mangkuk taugeh yang dah dibuang ekor
1/2 biji bawang besar @ 3 sudu besar bawang yang telah diblend
2 ulas bawang putih yang dipenyekkan
1 batang cili merah dihiris
Rencah udang

CARA-CARA :

1) Cuci bersih taugeh yang dah anda buang ekor.
2) Panaskan sedikit minyak.
3) Tumis segala bawang-bawang anda. Aku selalu guna bawang blend dan juga bawang potong.
4) Masukkan cili merah.
5) Masukkan rencah udang ikut selera anda. (Letaklah dalam 5, 6 ekor udang kecil-kecil)
6) Bila dah garing, masukkan sedikit air. (Kalau banyak nanti jadi sayur air)
7) Perasakan dengan garam.
8) Masukkan taugeh tadi dan gorenglah sebentar.
9) Aku tak suka goreng lama sangat, nanti layu. Average crispy pun dah okay.
10) Siap!!


AYAM GORENG SAMBAL CILI PADI

Ayam (ikut suka anda nak bahagian apa)
3-4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 - 5 batang cili merah / hijau
Cili padi ikut tahap kepedasan anda (Aku selalu guna dalam lingkungan 11 - 21 batang)
1 inci belacan
Air asam jawa
Garam dan gula

CARA - CARA :

1) Ayam tadi lumur dengan garam kunyit lalu digoreng. Aku suka garing-garing. Tos dan angkat. Letak tepi.
2) Bawang besar + bawang putih + cili merah + cili padi + belacan, kesemuanya diblender.
3) Panaskan minyak.
4) Masukkan bahan-bahan yang dah diblend tadi ke dalam kuali.
5) Tumislah sehingga agak garing.
6) Masukkan sedikit air asam jawa. 
7) Garam dan gula secukup rasa.
8) Akhir sekali, ayam yang dah digoreng tadi dicampurkan dengan sambal yang dah garing.
9) Kaup balik sampai sambal semuanya kena pada ayam. Dah boleh angkat.
10) Siap!!


Okay siap dah entry kita. Dah nama pun bujang, malas nak masak benda yang leceh-leceh, bolehlah cuba resepi dari orang bujang yang tak adalah hebat masak pun ini. Haha. Bagi yang perut tak tahan pedas, janganlah bubuh banyak sangat cili padi okay. Ini bulan puasa.

Sekian, resepi orang bujang untuk orang bujang. InsyaALLAH akan rajin mengupdate blog selepas ini. Till next time. Assalamualaikum.


Jatuh Cinta Habis Dengan #HidayahMuRamadan

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam kedua Ramadan. Apa macam? Puasa okay? Alhamdulillah kalau semuanya baik-baik, okay-okay saja. Okay, kan dah janji nak update selalu blog yang dah lama dibiarkan bersawang ini kan? Jadi, tergerak pula tangan nak update tentang satu dama baru yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 ini.

First of all, aku jarang layan drama Melayu. Selalunya aku download dan simpan saja. Ada masa ada mood baru tengok. Tapi kali ini, lain pula ceritanya. Drama ini ditayangkan pada hari Selasa hingga Khamis, pukul 10 - 11 malam. Ikutkan hati, nak suruh TV3 tayang Isnin sampai Jumaat, lagi best. Haha. Tapi memang aku tak sempatlah nak follow jadual rancangan ini yang sebenar dekat TV, so aku akan download dan tonton.

Konon nak simpan dulu, ada masa baru tengok. Sekali tengok episod pertama terus melarat follow sampai episod latest. Senang kata, memang dah jatuh cinta habis dengan HidayahMu Ramadan. Drama bulan Ramadan memang best-best kan selalunya?

Kredit gambar kepada DRAMAFULLTV
Okay, pertama sekali aku tergerak nak tonton drama ini sebab Zara Zya yang berlakon. Aku suka sangat cara dia berlakon, cara dia deliver dialog dengan emosi dia. Macam talking in real life. Bila dah tonton, tersangkut pula dengan watak si Amar lakonan Aeril Zafrel pula. Haha. Drama dia memang agak klise, tapi ada mesej dan lakonan pelakon-pelakon semua best. That's why aku melekat tengok drama ini. Haha.

Watak Datin Rogayah dan anaknya Amira memang menyakitkan hatilah, of course. Bingitnya bila mereka menjerit, aduhai, rasa macam nak tarik keluar vocal cord mereka. Haha. Kadang bila dah banyak sangat drama adaptasi novel, penonton akan mula pula tercari-cari drama yang menggunakan idea asal, and this one is the one you should watch if you are tired of watching those adaptation drama. 

Kredit gambar kepada INFOTAIP

Aku bagi rating drama ini 5 bintang dari 5 bintang. Setakat 7 episod yang dah ditayangkan, memang best. Sundtrack dia pun salah satu sebab buat aku melekat. Suka lagu nyanyian Nazmi Irfan bertajuk Kau Yang Satu. Cuma belum ada full version rasanya lagi.

Tak sabar nak tunggu episod akhir sebenarnya. Perasaan dah macam excited tonton drama Korea pula. Haha. A must watch drama. Tapi, solat Terawih dulu okay, baru berhibur.

Till here guys. Take care. Assalamualaikum.


P/S : Suka tengok muka Dr. Katrina lakonan Zahirah Macwilson. Muka dia sangat cantik. Adore!!

70% Hilang

$
0
0
Assalamualaikum!!! Kum! Kum! Kum!

Saja bagi effect echo lebih sikit. Maklumlah, rumah dah lama tak ada orang, tuan rumah pun hilang. Haha. 2015 menyaksikan fasa-fasa kerunduman seorang blogger bernama Cahaya Yang Riang Gembira. Setelah hampir 6 tahun bergelumang dalam dunia penulisan alam maya, akhirnya blogger tegar ini jatuh tersembam gara-gara kemalasan, kemalasan dan kemalasan. Hoho.

Layout blog dah berapa banyak kali tukar, punyalah semangat pindah rumah baru semua, konon berkobar semangat nak menulis semula. Tapi sampai ke sudah, haram. Rindu zaman kegemilangan 2010, boleh tulis sampai 400+ entry setahun. Maklumlah, zaman itu ramai "penyeri" dunia maya. Uhuk uhuk!!
:p

Well, a lot of things happen. Even though not so significant, but it means thing to me. I'll update it later on, maybe? Haha. Sepanjang hampir 2 bulan tak menulis di sini, blog ini dah kehilangan hampir 70% visitor. Yup!! Nak menangis rasa. Maklumlah, blog personal. Apa yang kita ada, cuma pembaca setia. Nak harap datang dari enjin carian, memang berapa kerat sajalah. It's okay. Aku akan berazam untuk kembalikan semula 70% yang hilang itu.

Lain kali tulis lagi. Tata. Assalamualaikum.



I Have A Lover, Drama Korea Terbaru Dari Penulis Drama Popular Scandal Dan Sparkling

$
0
0
Assalamualaikum.

Entry ini kira warming up, sebelum kita mula tulis entry yang lebih bersifat serius dan personal. Haha. Lama dah tak cerita pasal drama Korea kan? Okay, kali ini kita cerita tentang satu drama terbaru (satu cukuplah eh), yang memang baru sangat, sebab dekat Korea malam tadi baru tayang episod yang pertama.


Drama bertajuk I HAVE A LOVER itu merupakan hasil penulis yang mana drama-drama beliau pernah hot dan mendapat award juga respon yang bagus. Drama Sparkling / Twinkle Twinkle ini memang hot masa waktu ditayangkan dulu tahun 2011. Kapten Atok pun pernah recommend drama ini, jadi aku pun sedutlah dari hard disk beliau. Lagi satu drama yang juga popular ialah drama yang bertajuk Scandal : A Shocking and Wrongful Incident yang ditayangkan pada tahun 2013. Kali ini, 2015, beliau kembali lagi.


* * * * *

Jom usha sikit sinopsis I HAVE A LOVER di bawah.

SYNOPSIS I HAVE A LOVER

Do Hae Kang (Kim Hyun Joo) involved in a mysterious car accident. Due to this car accident, she loses her memory and falls in love with her husband, Choi Jin Uhn (Ji Jin Hee) whom she hated again. She then meets her separated twin sister Dokgo Yong Ki for the first time in 30 years.
Hae-Kang (Kim Hyun-Joo) is a successful lawyer, but she wants to become more successful. Due to her ambitions, her relationship with her husband, Jin-Eon (Ji Jin-Hee), deteriorates. At that his time, Jin-Eon meets Seol-Ri (Park Han-Byul) who attends the same graduate school. Her personality is pure and enthusiastic, like his wife Hae-Kang had in the past. Hae-Kang then has an accident and loses her memory. She meets Baek Seok (Lee Gyu-Han) and live as her younger twin sister Yong-Gi (Kim Hyun-Joo). 


Sebelum ini, penulis ini menggunakan tema "TERTUKAR BAYI", kali ini pula tema "KEMBAR YANG TERPISAH". Dan, tema-tema macam gini memang jadi kesukaan aku sebenarnya. Haha. Drama ini ditayangkan di SBS dan mungkin akan ditayangkan di ONE HD, mungkinlah. Drama berjumlah 50 episod ini (ya, aku akui memang panjang) dibintangi oleh Kim Hyun Joo, Ji Jin Hee, Park Han Byul, dan Lee Gyu Han. Honestly hero dia memang aku tak berapa minat walaupun Dong Yi drama favorite aku. Haha. Tapi aku suka lead actress dan second lead actress dia. Sesiapa yang rindu nak tengok Jang Ha Na bolehlah tengok Park Han Byul dalam drama terbarunya ini. Cuma bukan sebagai heroinlah.




Aku dah pun tonton episod pertama, cerita dia bagi aku agak deep, sebab dia melibatkan isu pergolakan rumahtangga, kecurangan, tanggungjawab seorang isteri. Awal cerita memang suspens dan mengelirukan, di mana kedua-dua watak kembar diperkenalkan. Seorang wanita penuh karisma dan berkarier, bercita-cita tinggi hingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Manakala seorang lagi sangat serabai, dah berkahwin, sedang sarat mengandung. Macam mana takdir mengubah nasib hidup mereka berdua hanya kerana satu kemalangan. Sounds cliche? I do think so. But, I love anything that is cliche.

Jadi, marilah kita bersiap sedia naik roller coster untuk tempuh 49 episod lagi yang pastinya akan penuh dengan pahit manis, ranjau duka, dan yang seangkatan dengannya. Okay, sampai sini dulu.

Assalamualaikum.

Viewing all 340 articles
Browse latest View live