Quantcast
Channel: " Cahaya Yang Riang Gembira "
Viewing all 340 articles
Browse latest View live

Selamat Pengantin Baru X-Men:Apocalypse

$
0
0
Assalamualaikum.

Pukul 3 pagi dah. Kelabu asap dah mata. Nak tidur tapi malas. Aaa. Boleh gitu? Haha. Hari ini dah 16 Mei, cepat sangat masa berjalan. Ada 2 perkara besar di bulan Mei ini. Dan kedua-duanya aku dah rangkumkan dalam satu tajuk, iaitu tajuk untuk entry kali ini. Haha. Sounded awkward right?

19 MEI 2016 adalah hari pertama tayangan filem Marvel kesukaan ramai, siri X-Men yang mana kali ini berkisarkan tentang mutant bernama Apocalypse. Aku boleh dikatakan peminat tegar siri Marvel. Sebabnya aku suka cerita yang ada superpower. Macam mana aku kecil-kecil dulu gila dengan semua siri Power Rangers. Dah besar, kita beralih pula pada X-Men. Siri yang tak pernah miss untuk tonton. Tapi nampaknya kali ini macam ada halangan sikit nak menontonnya di hari pertama. Sebab apa?

X-MEN : APOCALYPSE

Sebab berlakunya peristiwa kedua terbesar dalam bulan Mei, iaitu perkahwinan adik perempuan aku. Jadual full, pack! Semua orang sibuk nak buat persiapan itu ini, aku yang tak kahwin pun rasa pening kepala. Phew! Dek kerana banyak persiapan nak buat, maka jadi tak sedaplah kalau tiba-tiba kau nak duduk bersuka ria layan X-Men : Apocalypse dekat panggung wayang kan? Kasihan mak. Hmm.

21hb hari nikahnya di Melaka. 28hb sandingnya di Kota Tinggi. 4hb pula belah lelaki. Pening kan? Kalau ada rezeki ditakdirkan aku kahwin, aku nak buat sehari sekaligus selesai semua. Kompleks aku tengok persiapan majlis kahwin adik aku. Huhu.

Mungkin X-Men terpaksa kita tunda dulu bila semuanya dah reda. Kalau tak, mereputlah tunggu Bluray keluar. Tsk tsk. Apa pun, lets just keep calm and selamat pengantin baru okay. Haha.

Assalamualaikum.


P/S : Orang kata ada sesetengah tempat sangat menitik beratkan adat langkah bendul. Boleh dapat setiap satu serba duduk ke berdiri ke macam mana ni? Hehe. 
:P  







Bezanya Bila Kau Sangka Kau Tahu ; Kau Yakin Kau Tahu ; Kau Tahu Itu Fakta Yang Kau Kena Tahu

$
0
0
Assalamualaikum.

Aku baru lepas habis menulis. Alah. Menulis subtitle saja pun. Tak banyak sangatlah line, 1000+ saja. Sakit pinggang sikit, sakit kepala sikit sajalah. Haha. *sarcastic much tak?* Sebenarnya tangan asyik gatal nak menulis, itu sebab minggu ini macam menggila buat subtitle. Nak tulis dekat blog, tapi hati penuh rasa kebencian dan kemarahan tak boleh menulis entry, nanti penuh dengan aura negatif. Tak elok.

Subtitle kedua yang aku tulis ini untuk filem Jepun, live action untuk anime bertajuk Ore Monogatari a.k.a My Love Story. Ingat nak tulis subtitle sajalah, tapi terjatuh cinta pula dah. Menyampah okay asyik jatuh cinta dengan love story. Haha. Kalau ada sesiapa berminat nak tengok filemnya, boleh download dekat page TOPFILMZ. Dan kalau berminat nak tonton dengan subtitle Melayu, boleh pergi web MALAYSIA SUBBERS CREW okay. Support hasil karya orang kita. Peace!

* * *

Haaa! Nampak tak keluar 3 bintang dekat atas memisahkan dunia bebelan dengan dunia repekan. Haha. Atas sana aku membebel, bawah sini aku nak merepek sepuas hati aku. Alah. Tengok tajuk pun dah tahu merepek pun. Kan? Aku terasa macam nak tulis pasal tajuk di atas. Aku tak pastilah orang akan faham tak apa aku nak sampaikan, tapi konklusinya nanti macam tajuk dekat ataslah.

Jujurnya aku sendiri pun tak tahu apa beza ketiga-tiga situasi dekat atas. Dush dush. Tapi situasi dia begini, kau suka dekat seseorang, senyap-senyaplah. Tak sporting kalau confess, tak girly. *facepalm to myself* Obviously, rasa kau tak mungkin akan berbalaslah. Ibarat macam kau lapar, tapi kau duduk dalam kereta, dan pandang saja signboard KFC depan mata kau sebab dalam poket kau tak ada sekeping pun kertas warna warni. *telan air liur*

Kau suka dia, kau tak berani luah dekat dia, kau cuma mampu tumbuk dinding, dan duduk di hujung sudut berfikir dengan segala macam kemungkinan. Kau tak nak luahkan pun, sebab kau takut kena tolak. Kau tak nak luka berkali-kali. Alah. Macam dulu-dulu. Kau teruskan berkawan macam biasa dengan membiarkan diri kau menanam perasaan sehingga tumbuh pokok dan nak berbunga dah pun. Tapi orang yang sebelah sana tak ada apa pun. *gelak* Konon kau kata dekat diri sendiri, kau tak letak harapan, tapi kau belek mukabuku dia, kau tunggu whatsapp dia, dengan harapan dia ingat dekat kau. *mimpi*

Then, sejenis fikiran menjentik kau. Kau buatlah sangkkan, tanggapan, andaian, yang mungkin dia dah jumpa rakan sekerja yang sekepala, yang rapat, yang apa-apa sajalah, yang membuang kau dari equation yang dinamakan percintaan. Konon kau pasrah dan doakan semoga dia gembira. Walhal kau sendiri tak tahu betul ke andaian kau, anggapan kau, imaginasi kau. Sebab kau nak tanya, tapi selalu corner sana sini, kias itu ini, akhir sekali, kau tanya lain, jadi jawapan yang kau nak pun dah tentu lainlah kan.


Sejenis perangai datang, bila kau duduk belek muka buku si dia yang kau kata kau tak berharapkan sangat itu, lalu kau perasan macam ada bunga-bunga si dia yang kau suka senyap-senyap macam suka dekat orang lain. Sedih. Pedih. Konon kata tak berharap, tipulah. Tipu kan? *ya, aku tipu* But still, kau ulangi fasa atas, alah fasa imaginasi tinggi melangit kau. Lalu setelah beberapa lama kau tak ingatkan dia, kau macam konon dah nak lupalah dekat dia, kau belek sikit saja mukabuku dia. Kau terbaca perbualan manusia-manusia yang dekat dengan dia, kau nampak seolah-olah manusia-manusia itu cuba mengkenenkan si dia dengan kawan yang seorang lagi. Nampak macam ada kemajuan. Ada putik-putik rasa macam berkembang di situ. *flying sword to the heart pierce through the back*

*cabut sword dulu* Sakit kan? Ya memang sakit, perit. Sekali lagi kau tipu bila kata kau lupa. Kan? Kan? Kan? Situasi yang kau nampak itu tertulis besar perkataan FAKTA, yang kau kena tahu walaupun kau tak nak tahu. Kau dah kena lupakan kad raya kau, kad hari lahir, entry Selamat Hari Jadi Sayang kau, biskut raya kau, text yang kau simpan berkepuk-kepuk sejak dari zaman bila entah, kau patut lupa lama dah. Tapi kau masih degil tak nak lupa. Orang kata kau suka sangat fairytale, beginilah jadinya. Eh! Aku tak suka fairytale, aku suka K-drama okay. *sama saja*

Nampak tak, sebenarnya situasi di atas semua tak ada beza pun sebab kau kata nak give up, nak lose hope, nak forget, tapi kau asyik teringat, kau mengenang, kau berharap!!! Sebab itu, kau rasa perit itu setiap kali. Kau marah, kau benci. Kau tak nak dengar langsung nama dia. Kau hide dia dari timeline Facebook kau. Senang kata kau nak lupuskan dia dari muka bumilah. Walhal sebenarnya, kau benci atas apa yang kau dah buat pada diri kau. Buang masa. Buang rasa. Buang jiwa. Salah kau sendiri. Kau salah parking harapan kau. Kau letak harapan pada manusia, manusia yang satu saat begini satu saat begitu. Kenapa kau tak harap pada DIA? DIA yang tak pernah satu saat pun tinggalkan kau. Yang tak pernah berpaling bila kau sedih. Yang dengar keluh kesah kau. Kau lupa DIA. Tapi DIA tak lupa kau. Allah tak pernah lupa hamba DIA.

Sempat lagi kan manusia umur 29 tapi berlagak macam 20 ini dah berubah? Tak nak dah merasa yang lebih-lebih pada yang tak sepatutnya. Cukup. Cukuplah. Luka 2010 pun kau lupa untuk ambil pengajaran. Luka yang kau dapat dari orang yang beri harapan lalu mengambilnya semula dari kau. Luka yang kau patut ambil pengajaran. Tapi 2016 kau luka lagi? Apa cerita? Sudah-sudahlah. Sayangi diri. Jangan terus dibalut luka. Setiap kisah itu ada slotnya pada waktu yang dah ditentukan. Itu kerja DIA. Kita? Usaha, usaha juga. Tapi jangan over sangat dengan rasa. Sikit-sikit cukup. Nak rasa-rasa, bila dah termeterai janji pasti, suatu hari nanti. Okay??? Calit sikit. 

Tidur dulu. Mata dah kelabu asap, hidung asyik berair, dah lama tak demam, elok juga bila diuji sekali sekala. Rasa macam kena tampar sikit dari lamunan panjang. Hehe. Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.







Manusiakah Kita?

$
0
0
Assalamualaikum.

Phew!! Tarik nafas lega kejap. Sedar tak sedar dah 2 hari berlalu semenjak hari pernikahan adik aku. Mak aii, penatnya memang tak terkatalah. Kerja aku sebagai orang belakang, tukang cuci pinggan bertingkat-tingkat macam KLCC. Dengan ketinggian yang rendang 156 cm, aku pun terbongkok-bongkoklah cuci pinggan dari pukul 12 sampai ke pukul 4 lebih. Bila dah selesai, rasa macam nenek bongkok tiga, tak boleh dah nak tegakkan badan. Aaaa sudah. Jangan slipped disc makin teruk sudah. Jangan buat naya. Aku nak sambung housemanship balik tak lama lagi.
T_T

Oh ya, sambung cerita kita lain kali. Tujuan asal nak menulis entry ini sebabnya macam kita semua mungkin dah baca pagi tadi, satu penulisan yang telah jadi viral perihal kemalangan yang berlaku petang Ahad di lebuhraya PLUS berhampiran Alor Gajah / Simpang Ampat. Ya!! Betul!!

Kemalangan itu melibatkan 2 orang adik beradik yang accident sebab terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan, menyebabkan mereka tercampak ke tengah jalan. Lori di belakang mereka cuba mengelak dan akibatnya terbalik melintang di tengah jalan menutup laluan kanan dan laluan tengah. Jadi dah tentu yang boleh guna cumalah laluan kiri. Dengar ya, LALUAN KIRI!!! EMRGENCY LANE bukan laluan untuk anda ya. Itu kecemasan. Ulang balik, kecemasan.


Menurut cerita saksi tempat kejadian, segolongan spesis yang aku sendiri pun tak tahulah boleh ke digelar manusia, berbondong-bondong guna laluan kecemasan, tak sabar punya pasal dan tak boleh nak beratur. Akibat dari sikap "jual ikan" segelintir pemandu Malaysia, ambulans dan bomba yang sepatutnya tak ambil masa lama untuk sampai, sebaliknya makan masa sampai 1 jam. Ambulans kedua 2 jam lebih selepas itu baru berjaya sampai. Menurut berita, kedua-dua beradik itu mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan, di hantar ke Hospital Seremban namun mereka menghembuskan nafas terakhir di hospital. Sedih sangat baca. Sangat sedih. 

Post yang viral di facebook itu sangat tepat tajuknya, orang yang lalu di laluan kecemasan, anda adalah pembunuh. Let the role reverse, then you'll know how it feels. Kita boleh nampak, boleh fikir pun, tapi kita tak ada perasaan, tak ada rasa ingin membantu. Sebaliknya kita cuma fikir diri kita, kita, kita. Layak ke kita digelar manusia? Layak ke? Malu aku, malu.


Tak cukuplah dengan yang lalu laluan kecemasan sampai ambulans lambat sampai, tambah pula dengan golongan yang "arrogant" siap hon mereka-mereka yang cuba tunaikan civil duty mereka dengan menghalang orang dari guna laluan kecemasan. To make matter worse, yang banyak berbondong-bondong ikut belakang ambulans. Manusia ke parasit eh? Lainlah kalau anda keluarga mangsa. To feed on other people usefulness for their own benefit, it's what parasite do right? 

Dari dulu lagi benda ini tak pernah berkesudahan, guna laluan kecemasan for own benefit. Orang lain susah payah beratur, ada orang lain pula susah payah selit menyelit nak masuk laluan kecemasan. Haih lah.

Takut nak hadapi dunia, sebab itu kadang prefer bersendirian, duduk dengan kucing lagi bagus. Sebab kita tak tahu, manusia itu, manusia kah dia? 

Selamat malam. Assalamualaikum.

Raikanlah Cinta

$
0
0
Assalamualaikum.

Woot woot. Dah Rabu dah oii. Cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar 2016 dah nak masuk separuh jalan dah pun. Adik aku pun dah mulakan kehidupan baru dengan status baru, hidup dah maju ke depan. Aku sajalah yang masih terkial-kial lagi menanti keputusan kerja, interview lagi, proses nak mula kerja lagi. Banyak sangat nak harung nak fikir. Ting tong jap kepala. Yang masih mengikat aku pada kewarasan cuma kepercayaan kedua orang tua aku dengan kesabaran yang aku pujuk untuk cambah dalam diri aku. Kalau ikutkan, sangat penat, memang penat.

Fasa nak mulakan kehidupan baru dengan status baru pun aku perhatikan banyak langkahnya, banyak juga dugaannya, kadang boleh buat orang rasa nak give up, macam-macam benda. Tapi seharusnya proses ini memudahkan, sebab kita pun nak bina masjid. Berpada-padalah dalam segalanya, rancang dulu sebelum mula dan ambil kira kemampuan. Sebab kita nak hidup bersama ini bukan sehari dua, tapi untuk selama-lamanya. Betul tak?

Walaupun aku sendiri tak ada calon, tapi aku dah buat siap-siap dah dalam buku nota segala perancangan yang perlu dibuat, kira-kira untuk sebuah majlis sederhana, itu dan ini, bukan apa, nak merasa sendiri susah ke sebenarnya nak buat majlis nikah semua ni. Catatan nota, kita simpan, mana tahu ada gunanya di masa depan, ya tak?

Bagi sesiapa yang berkesempatan dan berada di Kota Tinggi, ada masa jemputlah memeriahkan majlis. Nak datang jumpa aku saja pun boleh. Hahaha. Perasan kan? Carilah budak perempuan pakai baju kurung biru pink, tudung selebet, orang kalau nampak memang panggil makcik, dan paling montel, tembam sekali dekat situ, haaa, itulah aku. Heeee.

Aku doakan adik aku berbahagia bersama dengan suami tercinta sampai ke syurga. Mudah-mudahan. Dan untuk semua pengantin baru, semoga berbahagia selalu hendaknya.

Selamat malam. Assalamualaikum.
:)




Eh! Kakaknya Bila Lagi??!!

$
0
0
Assalamualaikum.

Whoa!! Lega!! Dah Ahad. Dah lepas kedua-dua majlis yang memakan kudrat beratus-ratus orang. Penat sebenarnya buat kerja kahwin. Esoknya confirm terbongkang atas katil rasa malas nak jalan jejak tanah. Haha. Terima kasih tak terhingga sangat buat saudara mara yang banyak membantu. Tak terbalas jasa kita. Buat kenduri dekat kampung memang penatlah tapi meriah sebab ada saudara mara menolong. 

Apa pun, aku tumpang gembiralah untuk adik aku. Dia dah jumpa kisah bahagia dia. Aku walaupun tak tahu bila tapi aku gembira juga sebab dikelilingi ramai orang-orang tersayang. Yang bestnya, masa majlis semalam aku cuma dapat 2 soalan yang berbunyi seperti tajuk di atas. Yeay!!! Mungkin sekarang dah biasa dah situasi langkah bendul ni kan? Heee.

Okaylah. Nak sambung tidur boleh? Haha. Selamat berhujung minggu semua dan selamat bercuti sekolah. Assalamualaikum.











If

$
0
0

If I just stay here
while the sun sets
If your frozen heart
could see me in the dark
If I’m still feeling blue
as you sometimes do
Would you say to me
that I was in your heart all along
If you find me here someday

I always was a dreamer
Wished for a rose in December
If you remember my voice
my promise
I will sing with a bluebird
kiss the rain the bird
If you’re coming closer
like a mellow dream

A little little bit of love
in my seventeen so sweet
A little little bit of tears
in my lonely heart
once again longing for a breeze
for a rose and kisses
for a little bit of you

When you appear in my own dream
in the twilight
Please tell me of your eyes
of your lies
When you appear in my dream

Come find me down
in the deep blue sea
Come figure me out
in this sweet melody of the rain
If you want me for real

If a little little bit of love is waiting for
Why don’t you come a little closer here
if you’re ready for
In my heart now I see a girl
dancing all day in the rain
singing for a fallen star







Sunyi Dunia

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam 12 tengah malam. Lama tak tulis-tulis conteng-conteng kan? Maklumlah bulan puasa, kita cool down sikit. Banyak benda yang jadi di sekeliling, aku cuma duduk di tepi dan jadi pemerhati setia.

These days it's getting difficult to sleep, banyak nak fikir, banyak nak selesaikan. Dalam duduk rancang masa depan sebelum tidur, tiap-tiap malam jugalah aku dengar adik aku yang tengah cuti semester mengekak atas katil dia sambil pegang handphone. Dia boleh menghadap WhatsApp berjam-jam, bergayut apatah lagi. Seronok benar tengok dia chatting dalam group, dengan "orang tersayang" kononnya. Ish, budak zaman sekarang.

Sebelum adik aku nombor dua kahwin, dia yang selalu bergayut dekat telefon. Aku dekat katil sebelah mampu tengok sajalah Labu. Haha. Loser ke? Eh, tak kot. Haha. Entahlah, lagi-lagi nak setahun lagi masuk 3 series, lagi selalu rasa sunyi menghambat. Mengada hati tisu ni, nak rasa sunyi bagailah. Heh. Biasalah, manusia, tak boleh lari dari rasa nak dikasihi, rasa sunyi, macam-macam rasa lagilah. Teringatlah dulu-dulu rajin WhatsApp, rajin Kakao Talk, Messenger. Sekarang tak ada dah semua itu bila usia dah makin meningkat. Satunya sebab tak ada sesiapa yang boleh kita WhatsApp, Kakao Talk bagai semua kan. Tak macam muda-muda dulu. Bingar sikit. Haha. Keduanya, dah tualah kot. Malas sangat nak huha sana sini, tapi dalam masa yang sama nak sangat ada teman yang boleh kita WhatsApp, kita Kakao Talk.

Bila dah umur meningkat, aku memang tak ramai kawan rapat. Tapi yang rapat, memang sangat rapatlah. Tapi takkanlah kita nak selalu menepek dalam inbox handphone dia borak tak sudah. Kawan-kawan rapat aku semua dah ada suami, dah ada anak-anak. Macam rasa tak berapa nak elok kalau selalu menganggu. Iya tak?

Apa bendanya ni eh? Nak kata mid life crisis belum lagi mid life. Haha. Ahh!! Bisik syaitan saja, dunia sangat. Sunyi, rasa kosong, memang takkan hilang kalau kita tak isi. Tapi macam mana cara kita isi rasa sunyi dan kekosongan itu yang menentukan berapa berkesannya rasa sunyi kita terubat. Minta ubat dari DIA. DIA Maha Mendengar. Kan?

Selamat malam. Assalamualaikum.
:)


Signal, Drama Korea Genre Fantasi Dan Ala Criminal Mind Yang Wajib Ditonton

$
0
0

Assalamualaikum.

Lama dah tak isi tempat kosong dekat PAGE REVIEW APA EH? Haha. Bukan tak nak review, nak ikutkan banyak filem Hindustan dan drama Korea yang dah ditonton, cumanya MALAS!! Haha. Lagipun aku bukan pandai sangat nak review drama, tapi kalau merepek boleh serahkan pada aku.

Balik semula pada topik utama, drama SIGNAL ini ikutkan dah tersimpan dalam hard disc rasanya dah 5 bulan lebih. Drama ini ditayangkan awal 2016 menerusi saluran tvN. Aku rasa mungkin juga ianya dah ditayangkan di saluran 395 Astro. Bagi sesiapa yang dah tonton pasti akan setuju dengan repekan aku dekat sini. Aku peram lama-lama bukan apa, sebab tengok genre bukan cintan cintun, jadi malas pula nak tengok.

Entah apa mood tiba-tiba datang nak tengok drama genre FANTASY THRILLER, jadi aku pilihlah SIGNAL. 2 hari, maka habislah aku tonton kesemua 16 episod drama ini. Bagi aku drama ini agak berat, kadang mungkin slow, tapi macam magnet, buat kau nak sangat tahu apa yang berlaku seterusnya. Barisan pelakon pun tak perlu dipertikaikanlah, semua hebat-hebat belaka. Boleh kata golongan veteran dalam industri seni Korea.

Jom usha sinopsis drama di bawah, yang mana aku cuma ada satu perkataan saja untuk penulis drama ini, "GENIUS"!!!

Rating aku: 9/10


Profile

  • Drama: Signal
  • Revised romanization: Sigeuneol
  • Hangul: 시그널
  • Director: Kim Won-Suk
  • Writer: Kim Eun-Hee
  • Network: tvN
  • Episodes: 16
  • Release Date: January 22 - March 12, 2016
  • Runtime: Fri & Sat 20:30
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot

Hae-Young (Lee Je-Hoon) works as a criminal profiler and is also a police lieutenant. Even though he is a cop, he doesn't trust cops due to his own past experience. Back in 2000, when Hae-Young was in elementary school, his classmate Yoon-Jung was kidnapped and later found dead. Hae-Young saw a woman taking Yoon-Jung from school that day, but the police announced that the suspect was a man. Hae-Young even went to the police station and told the police officers that he saw the kidnapper and she was a woman. The police officers though didn't pay attention to him. The killer was never caught and her case remains unsolved to this day.
Hae-Young meets a reporter at a cafe to reveal bombshells about a celebrity scandal. Meanwhile, veteran detective Soo-Hyun (Kim Hye-Soo) is at the cafe staking out the meeting, unaware that Hae-Young is a cop. She arrests Hae-Young for stalking celebrities. While leaving the police station (the same police station he went to as a kid), Hae-Young hears someone talking to him. He looks around to find a walkie-talkie. The man who is talking to Hae-Young is Detective Jae-Han (Cho Jin-Woong). The detective though is from the year 2000 and he is investigating the disappearance of Hae-Young's elementary school classmate. Hae-Young and Detective Jae-Han begin to communicate via the walkie-talkie.

Mungkin plot agak klise, tentang time travelling. Bila mana Park Hae Young, seorang polis di tahun 2015, terjumpa sebuah walkie talkie yang membolehkan dia berhubung dengan seorang detektif bernama Lee Jae Han sejak dari tahun 1989. Melalui komunikasi itu, Detektif Lee Jae Han banyak membantu Park Hae Young dalam menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan pada zaman 90an.

Cerita ini memang fantasi habis-habisanlah. Tapi bagi aku brilliant sebab dia buat kau berfikir. Lagipun aku dah lama tak berfikir, exercise otak kejap bila tengok drama ini. Haha. Drama ini jelas menerangkan tentang teori CAUSAL LOOP dan BUTTERFLY EFFECT. Macam mana satu perkara itu akan mengakibatkan kesan-kesan yang mana ianya menjadi punca dari awal macam mana perkara itu berlaku. Faham tak? Kira macam kehidupan zaman sekarang dengan zaman silam berjalan seiring tapi dalam bentuk bulatan.

Aku memang suka cerita pesen gini, jadi setiap kali tengok cerita time travel, aku akan mentelaah teori-teori yang ada. Haha. Aku memang suka buang masa kan pada benda yang tak wujud? Kekeke. Kalau kau jenis malas berfikir benda yang berat, tak suka cerita yang kadang-kadang slow kadang-kadang macam magnet, SIGNAL mungkin bukan untuk anda, sila cari drama lain. Haha.

Drama SIGNAL ini sangat mendapat sambutan sampaikan netizen ramai yang meminta untuk dibuat season kedua. Memang kalau tengok dari segi konsep cerita dia, memang ala Criminal Mind yang difantasikan, sangat sesuai kalau dibuat berseason-season sebab dalam dunia ini ada banyak kes jenayah yang belum selesai. Macam-macam topik boleh diselitkan. Aku rasa boleh jadi sukses kalau dibuat season seterusnya.

Okaylah. Sambung kerja lain pula. Assalamualaikum.


P/S : 
"Kalau diberi peluang berhubung dengan seseorang di masa silam, apa awak nak cakap pada dia?"

"Saya nak minta tolong dia jagakan orang-orang yang saya sayang." 


Raya Dulu, Raya Sekarang, Raya Akan Datang

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah berapa Syawal dah eh? 8 kot eh? Cepat betul Ramadhan berlalu pergi, tiba-tiba dah raya. Hurm. Rayu tahun ini memang ada banyak sangat beza banding tahun lepas. 

Yang pertama dah tentulah kurang ahli keluarga. Adik aku kan dah kahwin, dah tentulah tahun pertama, raya pertama, dia beraya dengan suami dan keluarga mertua dia ya tak? In shaa Allah ada rezeki, tahun akan datang, berayalah pula aku dengan anak buahku. Yeppie!!!

Dan tahun ini juga, buat pertama kalinya, keluarga Hajjah Maznah berjaya tangkap gambar keluarga. Walaupun tak complete sebab ada ahli keluarga yang tak ada, tapi ini petanda yang baik. Mana tahu tahun depan, diizinkanNYA, cukup korum, bolehlah snap lagi.

Tapi yang tak bestnya, dah tentulah gambar-gambar raya penuh dengan aku yang berpipi pau. Nak ambil gambar pun sembunyi belakang orang, selit tengah-tengah, nak bagi nampak kecil sikit, kononnyalah. Bulan puasa berat turun, tapi tak adalah banyak mana. Lemak degil benar.
*Salahkan lemak ajelah*

Dan masa bulan puasa tempoh hari, aku ada join satu contest di HotFM, tentang gambar lama memori raya dulu-dulu. Jujur cakap memang jarang ada gambar lengkap, kalau ada pun masa zaman duduk di Miri dulu, abah akan tangkap gambar guna kamera Kodak yang dipacakkan atas tripod. Lama sangat, awal tahun 90an tak silap. Bukan apa, gambar ibarat satu pengabadian kenangan, untuk kita kenang di masa akan datang.


Terima kasihlah pada HotFM sebab pilih gambar saya sebagai pemenang, walaupun saguhati cuma. Ekeke. Jadilah kan, rezeki jangan ditolak orang kata.




Akhir kata, tuan blog nak minta ampun maaf andai pernah mengecilkan hati para pembaca, terguris terkoyakkan hati dan perasaan anda, penulis susun sepuluh jari. Moga ukhuwah alam maya kita semua terus terjalin. Selamat hari raya semua.

Assalamualaikum.


Koleksi Gambar Penuh Kasih Sayang Seorang Pencinta Kucing

$
0
0

Bagaimana Untuk Tebus Whiskas Tote Bag Atau Purr Pillow Comel Ini Sebelum 31 Julai 2016


Assalamualaikum.

Salam 2.30 pagi. Adoi. Nak tergelak aku bubuh tajuk bunyi pesen gitu untuk entry kali ini. Rasa nak buat lagi cheesy tapi takut orang muntah bila baca. Haha. Saja aku nak kongsikan minat aku yang baru mula bercambah awal tahun 2016 ini, tepatnya dalam bulan Februari. Bila mana adik aku telah berjaya memikat hati seekor kucing jalanan yang tengah bunting. Mulanya adik aku cuma bagi dia makan, tapi entah macam mana dia ikut balik, dan bersalinkan anak-anaknya depan rumah kami.

Aku sendiri namakan kucing pertama kami itu dengan panggilan Bella. Sebagai seorang penakut kucing, ambil masa 2 bulan jugalah untuk aku buang jauh-jauh rasa takut aku dan gantikan dengan rasa cinta. Ecewah. Walaupun cuma dapat jaga Bella selama 2 bulan lebih, itu dah cukup bermakna dan buat aku menangis seharian bila Bella tinggalkan kami semua.

Bella tinggalkan 4 ekor anak-anaknya dalam jagaan kami. Pada mulanya agak berat hati juga nak jaga, sebab fikirkan nak jaga kucing perlukan macam-macam, makanan lagi, pasir lagi, sangkar pula. Tapi entah macam mana benda itu berjalan dengan tanpa sebarang masalah. Dan sekarang anak-anak Bella pun dah masuk 5 bulan. Sekejap masa berlalu kan?

Dalam tempoh waktu itu juga, mak dengan abah aku telah mengangkat lagi seekor anak kucing campuran parsi + kucing kampung untuk jadi sebahagian dari ahli keluarga. Boboi meramaikan dan memeriahkan lagi suasana di samping Snow, Koko, Bubu dan Bella Junior. Dalam masa menjaga kesemua mereka, aku banyak membaca pasal kucing. Dari soal penjagaan, tumbesaran, pasir yang bersesuaian untuk buang air, makanan yang elok, sampailah sekarang keempat-empat ekor anak Bella tengah melalui fasa yang aku pun baru tahu lepas membaca info di internet, iaitu fasa "in heat", senang kata fasa nak mengawan.

Aiyak!! Pening kepala mula-mula fikir kenapalah 3 ekor yang betina asyik mengiau manja, bergolek-golek atas lantai, tertonggang tonggeng. Haha. Rupanya masalah hormon. Adoi. Baru duduk rancang samada nak spay / kasi atau tak. Memang satu pengalaman yang baru bila kita mula membela kucing. Sekarang baru aku faham, kenapa orang layan kucing mereka macam manusia, macam anak sendiri, adik beradik sendiri. Kalau orang tengok aku layan kucing, orang tentu ingat anak aku. Haha. Aku siap bawa ke hulu ke hilir kalau keluar rumah, drive ke kedai pun aku bawa. Manjakan mereka adalah satu kebahagiaan.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar dalam koleksi aku, tapi lain kalilah aku kongsikan. Kita tengok dulu apa yang ada okay. Selamat malam. Assalamualaikum.

Anak-anak Bella masa usia mereka 2 bulan. Ada empat semuanya. 
Nama dia Baby, kucing sepupu aku.

Bella kesayangan kami dan anak-anak.

Momen awal berjinak dengan dunia kucing.

Inilah Boboi. Paling nakal, paling comel dan paling macam budak-budak.

Kegemaran Boboi, tidur dalam litter box dia. Mak selalu bising sebab nak kena cuci kaki dia selalu.

Bubu belakang. Koko depan. Tak silap usia 3 ke 4 bulan.

Susah nak tangkap gambar kucing sebab mereka tak reti duduk diam.


Bagaimana Untuk Tebus Whiskas Tote Bag Atau Purr Pillow Comel Ini Sebelum 31 Julai 2016


Kontot. Kenangan terindah. Sesat dekat belakang rumah, terpisah dengan ibu dia. Kontot sakit, sempat jaga dia seminggu lebih. Sehari selepas lawatan ke vet, Kontot hembuskan nafas terakhir di usia 7 minggu. Sedih sangat.

Cinta pertama, Bella.

Snow.

Masa mereka berempat kecil-kecil, memang pening nak jaga. Pe'el macam-macam. Tapi paling seronok tengok time mereka tidur, kumpul sama-sama. Siblings love.

Ini Mr. Gray. Kucing kampung dekat rumah nenek. Majestic look sikit. Kalau dalam Lion King, dia ibarat Mufasa, ayah Simba.

Nama dia Snow sebab masa kecil bulu dia putih. Entah macam mana dah besar, jadi oren kecoklatan. Sempat tak tukar nama lagi? Haha.

Bagaimana Untuk Tebus Whiskas Tote Bag Atau Purr Pillow Comel Ini Sebelum 31 Julai 2016


Drama Hit Korea 2016 - Descendants Of The Sun. Eh! Hit Ke???

$
0
0



Assalamualaikum.

Ligat tulis entry eh. Amboi. Tiba-tiba rasa macam nak jadi blogger yang berdedikasi. Haha. Balik kita pada tajuk dan tujuan asal entry kali ini, dah nama pun kaki drama Korea, ada peluang kita tulislah sikitkan pengalaman kita lepas tonton drama.

Sebenarnya kalau nak buat review, lebih elok dibuat oleh orang yang tak minat drama Korea, tak ada bias pelakon mana dia berkenan, pelakon mana dia minat, dia tengok atas nama "menonton". Haa! Gituuu ayat. Sebab bila kita baca review dari orang yang berdiri atas natural ground ini, dia bersifat lebih ikhlas dan kritikan dia lagi membina. Haha.



Aku akui memang aku agak lambat tonton drama ini. Drama yang menggegarkan dunia peminat drama Korea. Sejak sebelum tayangan lagi orang dah mula soseh-soseh pasal drama ini, tambah lagi ini drama pertama Song Joong Ki lepas keluar dari military, jadi ramai yang letak harapan tinggi. Dan bila dah mula tayangan, macam yang kita agak, sambutan untuk drama ini memang menggilakan. Sampai aku tengok dekat Youtube, ada orang putih yang tak pernah tonton drama Korea, buat review vlog untuk drama Descendants Of The Sun ini. Punya hebat penangan drama ini. Memang diakui, sangat popular dan hit untuk tahun 2016.

Mungkin sebab barisan pelakonnya sendiri dan juga penulis skrip yang popular, yang mana beliau pernah menulis untuk drama hebat seperti Lovers In Paris. Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo, siapa tak nak tengok kan? Haaa! Lepas tonton drama ini tak ada ke yang berangan nak kahwin dengan askar? Macam Sayangku Kapten Mukhriz. Kekeke.
=p


Oh ya, nak tahu tak, sebelum watak Kapten Yoo Si Jin ditawarkan pada Song Joong Ki, ianya ditawarkan kepada 4 orang hero popular namun ditolak atas sebab tertentu. Agak-agak Won Bin, Kim Woo Bin, Gong Yoo dan Jo In Sung menyesal tak tolak tawaran untuk jadi hero drama ini? Haha.


Pendapat aku sendiri eh, hmm, aku tak habis tengok lagi, baru sampai episod 12. Agak lambat speed kali ini, anda mungkin boleh agak sebab apa. Haha. Bagi aku drama ini indah khabar dari rupa, terlalu overrated. Tak sepadan dengan hype yang mengelilingi drama ini. Ya, drama ini memang popular, tapi dari segi plotnya, tak adalah gempak mana. Drama ini boleh dilayan cuma tak adalah best gila. Bagi aku jatuh dalam kategori biasa-biasa. Mula dari episod 7 aku dah mula rasa bosan sebenarnya.


Tapi yang selamatkan aku dari kebosanan adalah kisah cinta Sergeant Seo Dae Yong dan Liutenant Dr Yoon Myung Joo. Aku rasa kalau Jin Goo jadi hero pun okay apa. Haha. Pada aku, Song Joong Ki pelakon hebat, tengok saja drama Innocent Man. Tapi untuk dia pegang watak Kapten Yoo Si Jin, aku rasa tak sesuai. Sebab itu anda boleh tengok sendiri kepada siapa watak itu ditawarkan sebelum akhirnya diberi pada Song Joong Ki. Aku rasa keempat-empat yang menolak tawaran itu lebih kena dengan imej Kapten Yoo Si Jin. Tapi itu selera dan pandangan akulah. Bila tiba bab drama ini, kita akan ada banyak pandangan dan selera pun berbeza. Betul tak? #JanganKecamSaya


Lagi satu elemen yang menyelamatkan drama ini selain pasangan di atas ini adalah lagu-lagu soundtrack untuk drama ini. Memang jjang!! Sebelum mula layan drama ini lagi, lagu-lagu dia dah ada dalam playlist. Antara yang jadi favorite adalah Always, You Are My Everything, This Love dan Once Again.

Ya, drama Descendants Of The Sun memang hit habis. Popular gila sebabkan watak Kapten Yoo Si Jin, betul tak? Tapi dari segi plot cerita dia, biasa saja pada aku. Ada lagi drama lain yang lebih baik dan menarik. Berapa bintang eh nak bagi, hmmm.

3.5 / 5 bintang

Jangan marah okay. Heee. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

P/S : Aspek medikal drama ini? Hmm. Bagi aku biasa-biasa aje. Ada banyak lagi lambakan drama medikal Korea yang jauh lagi bagus dan best. Jadi, kalau anda tonton drama ini kerana ingin adrenaline rush macam drama medikal lain, drama ini mungkin boleh beri anda yang biasa-biasa saja.





Cita-Cita

$
0
0
Assalamualaikum.

Hmm. Lama kan tak sembang serius? Tak tulis jela-jela luah rasa hati, kan? Apa orang selalu tulis, meronta kata eh? Semenjak dua menjak makin banyak fikir, serabut sebab fikir macam mana nak selesai satu-satu masalah yang datang. Itu yang tergerak nak tulis pasal cita-cita. Hmm. Umur 29 pun nak cerita pasal cita-cita ke? Mestilah. Cita-cita tak kenal usia.



Aku graduate dengan ijazah perubatan pada pertengahan tahun 2012. Itupun lepas 2 kali gagal, ulang lagi sekali, barulah berjaya lulus. Dah rezeki mungkin, 2 bulan lepas habis belajar, aku dapat surat panggilan bekerja di Hospital Melaka. Posting pertama aku O&G, aku laluinya macam biasa. It was not so bad. I kinda love it. Lepas lulus posting pertama, aku ke posting kedua pula, iaitu Medikal. Beban kerja dia, fuh, 3 kali ganda kot dari O&G. Panas tak sampai ke petang rupanya, nak dekat masuk bulan ketujuh aku kerja, sakit yang aku alami makin teruk. Masa posting pertama, aku masih boleh bertahan. Tapi bila jejak posting kedua, beban kerja lagi banyak, aku tak mampu tahan dah. Berapa banyak pil tahan sakit yang aku telan bila setiap kali nak pergi kerja.

Akhirnya, tersadailah aku follow up dengan Ortopedik untuk sakit aku ini. Macam-macam jenis ubat aku dapat, sampai last sekali doktor bagi cadangan kalau aku tak nak makan ubat, aku boleh operate untuk tambah space tulang belakang aku. Banyak hari aku fikir. Aku cuba juga minta tukar posting lain, yang kurang sibuk sikit berbanding medikal, aku nak ambil masa untuk sihatkan diri balik, barulah kembali ke medikal dengan diri dan kaki yang lebih kuat. Tapi percubaan dan usaha aku semua tak berjaya, aku kena habiskan juga posting tersebut. Dan ketika itu, ada satu dua cadangan yang suruh aku berhenti housemanship, sembuhkan diri dulu, baru apply bekerja semula. Dengar macam tempting, dan ya, aku memang terpengaruh habis dengan cadangan itu.



Aku berhenti juga lepas dengar satu dua cadangan. Aku tak malu mengaku, aku menyesal dengan keputusan yang aku buat. Sedangkan aku boleh dengar tiga, empat, lima, malah sepuluh buah fikiran orang lain sebelum aku ambil keputusan berhenti. Bila dah berhenti baru dengar pendapat yang lain, barulah menyesal itu datang merayap. Era kejatuhan aku pun tiba, rasa teruk, rasa tak berguna gila waktu itu. Huh.

Orang tanya aku kenapa berhenti. Pada aku, satu perkataan yang aku gerun dan aku sangat utamakan, "TANGGUNGJAWAB". Bila kerja jadi houseman, kau ada banyak tanggungjawab. Pada pesakit kau yang utama sekali, pada rakan sekerja kau, pada bos-bos kau, pada diri kau juga. Masa sakit aku teruk, aku selalu juga kerja malam. Bila kerja malam, kau kena jaga 2 wad yang ada masanya berjauhan lokasinya. Kau kena cepat, kau kena pantas, sebab saban waktu kau akan dapat panggilan dari nurse, "Doktor, patient sekian sekian.." Dan sebab keadaan aku, jujur cakap aku tak mampu berkejar dari satu wad ke satu wad dengan kadar segera. End up, banyak tugas aku tersadai. Dah tentulah yang terpalitnya adalah rakan yang sama on-call dengan aku. Aku malu dengan mereka-mereka yang aku dah bebankan. Bebankan dengan saki baki kerja yang aku tak mampu kejar, bebankan mereka dengan itu dengan ini. Kalau kena marahnya aku seorang saja, tak apalah. Tapi orang lain pun terpalit sekali. Dunia hidup houseman, biasalah kena marah. Dah lali. Tapi kalau orang lain yang kena sebab aku? Akhirnya, aku dengan mudahnya terpengaruh dengan idea, berhenti houseman, sembuhkan diri, apply kerja balik. Haih.

Ramai sangatlah yang kata aku beralasan. Yang aku tak suka pun kerja jadi houseman, yang aku memang nak sangat berhenti. Hahaha. Masa mula-mula kerja dulu, memang aku takut jadi houseman, aku ngeri nak pergi kerja, malas. Tapi dah masuk bulan kedua, bila benda itu dah jadi kebiasaan, aku rasa aku okay. Aku enjoy saja kehidupan aku di wad O&G. Perasaan tak nak jadi houseman, tak ada dah bila rasa seronok mula terasa. Waktu orang mula berkata itu ini, aku lebih suka berdiam diri dari jelaskan keadaan aku. Sebab itu mungkin ramai yang salah anggap dengan aku. Hmm. Siapa tak nak habiskan housemanship oii? Siapa tak nak jadi MO oii? Lagilah aku yang dah rasa gagal periksa sampai 2 kali baru lulus. Lagi aku rasa nak habiskan housemanship dengan jayanya sebab aku dah susah payah belajar. Tapi aku telan saja kata-kata orang, sebab lagi banyak aku cuba jelaskan nanti, orang akan makin tak faham. Mungkin aku tak reti fahamkan orang agaknya. Haha.

Berhenti saja aku dari houseman, aku mula exercise dan diet. Aku buat fisioterapi. Aku buat kasut, braces. Aku tekad dalam hati nak sembuh. Aku mengaku, salah satu faktor masalah tulang belakang aku adalah keadaan fizikal aku. Mula-mula aku nak lari pun seksa, sebab sakit kaki aku teruk sangat. Lepas setahun, alhamdulillah aku dah boleh walk+jog walaupun tak jauh sangat. Kemajuan juga kan? Dalam waktu itu, aku belajar erti kesusahan. Aku belajar tentang dunia cari kerja. Walaupun kau ada medical degree, ingat senang ke nak cari kerja? Dah lebih 10 kerja aku mohon, bila interview saja, semuanya tolak dan nasihati aku untuk habiskan houseman. Hmm. Siapa tak nak? Tapi belum masa lagi. Aku nak kerja lain dulu sementara waktu. Tak boleh ke? Tiap kali interview, itu jugalah monolog aku bila interviewer tanya soalan tentang housemanship. Susah nak cari kerja kalau nak sangat ikut kelayakan yang kau ada, jadi janganlah terlalu memilih kerja. Kerja saja apa yang ada, tak kisahlah kalau luar dari bidang pun, kumpul pengalaman hidup. Tak salah pun kan?



Mula dari awal tahun 2016, aku rasa aku dah bersedia untuk mohon semula kerja sebagai houseman bila tilik-tilik keadaan kesihatan aku. Walaupun cuma houseman kontrak, tapi tak apalah. Ini pun sebenarnya proses yang susah dan leceh. Tambah lagi dengan lambakan graduan perubatan, memang menuntut kesabaran sebenarnya. Yang buatkan aku terus sabar dan kuat adalah orang tua aku.

Sepanjang tak jadi houseman, aku tak ambil tahu sangat urusan dunia perubatan. Sebab waktu itu aku sangat tertekan bila satu-satu rakan aku berjaya habiskan housemanship mereka. Mulalah aku salahkan diri sendiri sebab tak boleh nak hadam sakit, mulalah aku fikir kalau itu kalau ini. Aku malu. Jadi aku tutup diri aku dan menjauhkan diri dari manusia-manusia lain.

Orang yang aku suka diam-diam, dulu-dulu dia rajin tanya khabar aku. Setiap mesej dia akan mula dengan "Salam Dr. Apa khabar?" Masa aku kerja houseman dulu, mesej dia yang buat aku rasa semangat itu bertambah bila kerja. Hahaha. Dan bila aku berhenti dari houseman, mesej dia masih sama, "Salam Dr. Apa khabar?" Doktor lagi ke aku? Hmm. Aku malu dengan dia. Tiap kali dia tanya perkhabaran aku, apa aku nak jawab eh, apa aku nak cakap eh. Aku malu dengan dia yang dah ada kerja tetap, ke negeri itu ke negeri ini atas tuntutan kerja. Aku? Doktor lagi ke aku? Tapi sekarang dah tak ada dah semua itu, lama dah tak dengar perkhabaran dia. Lega ke aku bila tak ada soalan "Salam Dr, apa khabar?"? Lega sikit saja, tapi rindu banyak. Huhu. Tak apalah, orang ada kehidupan bekerja, ada kehidupan sendiri, tak sama dengan kehidupan seorang penganggur. Haha.



Menyesal berhenti kerja itu datang lagi bila kau fikir pasal kahwin. Adoi!! Umur dah 29, tak ada calon, tak ada duit. Haha. Aku mula kerja dulu umur 25. Orang kata kalau aku tak berhenti, mungkin aku dah kumpul cukup duit untuk kahwin. Haha. Tapi sahabat baik akulah yang selalu ingatkan aku, semua perjalanan hidup kita, semua keputusan kita, semuanya mesti ada hikmah. Mungkin bukan macam apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu. Itu yang aku pegang bila aku mula rasa down. Harapnya kalau ada jodoh aku kahwin satu hari nanti, tak kisahlah zaman houseman nanti, atau zaman on the way nak sambung belajar lagi, aku dapat suami yang betul-betul memahami dan ada kesabaran yang tinggi. In shaa Allah.



Buat masa ini, aku masih terus bersabar menunggu proses-proses untuk bekerja semula sebagai houseman. Cita-cita kan kita nak cakap tadi? Haha. Orang ingat aku tak ada visi hidup, tak ada misi, tak ada cita-cita. Haip! Kita ada cita-cita okay. Sejak dari tahun keempat aku belajar perubatan sampai sekarang, cita-cita aku tak pernah berubah. PAKAR PSIKIATRI. Itu arah tuju aku. Bila aku nak mohon balik jadi houseman, aku tanya diri aku, layak lagi ke aku nak sarung kot putih aku? Layak lagi ke aku nak rawat pesakit? Layak ke aku jadi doktor houseman sekali lagi? Dunia sekarang, orang tak pandang sangat doktor macam zaman dedulu. Sebab sekarang ada Google, ada FB, ada Twitter, ada Intagram, ada macam-macam lagi media sosial. Satu perkataan yang mengerikan, "VIRAL". Tengoklah macam mana staf kesihatan dah beberapa kali diviralkan atas sesuatu yang tak munasabah. Bila kita tak arif tentang sesuatu, kita tanya, kita cari pandangan banyak-banyak, kita tolak mana yang salah dan terima yang betul. Tapi dunia sekarang, dia fikir dia betul, dia terus terjun dalam konklusi dia sendiri, diri dia betul, orang lain salah. Walaupun sesuatu perkara itu bukanlah bidangnya. Itulah senario dunia sekarang.




Itu yang buat aku tertanya, layak ke aku? Sedia ke aku? Tapi aku kembali semula pada sumber kekuatan aku, mak abah. Dan juga cita-cita. Aku ada cita-cita yang aku nak gapai. Aku kena terus bergerak ke arah itu, hadam segala macam halangan dan rintangan. Itu tekad aku untuk kali ini. Semoga perjalanan aku kali ini dipermudahkan. In shaa Allah.

Selamat malam. Assalamualaikum.



P/S : Tak semua orang boleh faham keperitan hidup kau, tapi kau bukan hidup untuk fahamkan orang kan? Senyum terus.
:)


Pada mereka-mereka yang terfikir nak berhenti houseman, tunggu dulu, fikir lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Apa pun terjadi, cuba habiskan housemanship dulu. Kita redah dulu 2 tahun. Okay? Tapi kalau memang dah tak minat dan ada perancangan hidup yang lain, tak boleh nak kata apalah. Semoga kita semua berjaya dengan apa yang kita impikan untuk capai dalam hidup. May Allah ease.
:)

Untuk bakal-bakal houseman dan houseman yang sedang berjuang, kuatkan hati menempuh perjuangan, cekalkan jiwa, aku akan menyusul nanti sebagai seorang houseman yang lanjut usia, untuk sama-sama terus berjuang. Sekali lagi. Hihi. Moga kisah ini dapat jadi pembakar semangat dan teladan untuk habiskan housemanship. Mudah-mudahan.

    

Drama Jepun Apa Eh Yang Best Untuk Ditonton?

$
0
0
Assalamualaikum.

Konnichiwa. Oit! Oit! Dah berubah selera eh? Haha. Tak adalah, dah selalu cakap pasal drama Korea, filem Hindi, jadi sekali sekala ubah anginlah. Lagipun sekarang semua orang tengah gila tonton drama Doctors, kalau aku pun cakap pasal Doctors takut ada yang menyampah nanti. 

Jujurnya, aku sangat jarang dah layan drama Jepun sekarang. Masa belajar dulu selalu jugalah layan, macam Team Medical Dragon, Hotaru No Hikari, Kurosagi, Attention Please, Meichan No Shitsuji, Yamato Nadeshiko dan banyak lagilah. Semua benda aku layanlah senang cerita. Tapi itu dulu masa zaman belajar. Sekarang, jarang sangat layan. Kalau aku buat pilihan nak layan pun, aku akan pilih genre cintan cintunlah kan. Haha. Apa yang best pasal drama Jepun adalah jumlah episod dia tak banyak. Senang kau nak marathon tanpa tercungap-cungap.

Tapi aku macam biasalah, aku download drama yang aku nak tengok, depends pada review, tapi aku peram dululah dalam hard disk. Kah kah kah. Last-last adik aku yang marathon habis. Nasiblah dia bagi postif feedback untuk drama-drama yang aku download. Dia kata best sangat!! Jom tengok antara drama yang adik aku kata best. Adik aku yang katalah, bukan aku eh.  




Drama ini yang adik aku suka sangat. Dia kata best gila-gila. Aku pun tak tahulah siapa yang gila. Haha. Aku download pun sebab ada Yamapi. Nampak tak, pilih drama sebab pelakon. Bukan sebab cerita. Haha. Tapi nasiblah drama dia best. Jom tengok sinopsis.

Junko Sakuraba (Satomi Ishihara) dreams of working in New York, but she currently works as an English conversation teacher. She's about to have her 29th birthday. Junko Sakuraba works hard to achieve her dream, but New York seem far away. She has also not dated in a long time.

Junko Sakuraba attends a funeral held at a temple. During the funeral, she makes a mistake and throws ashes onto a monk chanting a sutra. She feels apologetic and embarrassment.
Later, Junko Sakuraba's family deceives her into going on a blind date. The man she meets on the blind date is Takane Hoshikawa (Tomohisa Yamashita). Her date is the monk whom she accidentally threw ashes on.




Haa. Yang ini special sikit. Walaupun sinopsis dia aku tak berkenan sangatlah, sebab heroin bercinta dengan lelaki yang dah kahwin. Aku download sebab hero dia adalah hero kegemaran masa zaman aku sekolah dulu, Hideaki Takizawa. Haha. Muka dia berubah gila-gila, dulu macam baby-baby, sekarang macam abang-abang gagah okay. Haha.


HAPIMARI: HAPPY MARRIAGE


Hmm. Yang ini pula eh, drama Happy Marriage ini asalnya adalah manga yang sangat popular berjudul Hapi Mari. Aku download pertama sekali sebab tengok hero dia, eh macam kenallah. Haha. Rupanya mamat yang jadi hero kedua dalam drama Taiwan bertajuk Miss No Good. Baca pula sinopsis dia, terus bubuh bookmark. Jalan cerita cintan cintun siapa tak suka kan. Haha. Sinopsis?

Takanashi Chiwa is an office lady who works part-time at a club because she is in debt. One day, she gets into a quarrel with a wealthy and handsome customer who came to the club and is fired. The next day, a depressed Chiwa is summoned by her boss and finds the rude man from the day before down there. His name is Mamiya Hokuto. Hokuto suddenly proposes a contract marriage with Chiaki. Although she is initially resistant to the idea, she has no choice but to accept. The two of them overcome all sorts of troubles and become a real couple.

Persoalannya sekarang kan, bila masa eh nak tengok semua-semua yang dah download ni? Haha. Drama Jepun kalau dah terlayan memang boleh hook up. Lagi-lagi dengan iklan dia dekat tengah-tengah, comel suara pembaca iklannya. Haha.

Apa pun, bagi sesiapa yang cari drama Jepun apa yang nak cuba ditonton, bolehlah cuba tiga-tiga dekat atas. Dah tengok, beritahu dekat kita eh best ke tak. Haha. Okay daaa!! Selamat malam. Assalamualaikum.

* * * * *

P/S: Zaman awal-awal berblog, selalu juga buat entry appreciation pada readers. Sekarang, kadang-kadang buatlah special shoutout pada visitors yang rajin bertandang. Eh! Ada lagi ke pengunjung setia? Haha. This special shoutout tonight is for this special visitor who apparently always visit this blog using proxy I guess? Mungkinlah, dari dulu aku tengok dia masuk blog ini mesti guna proxy luar negara. I may or may not know who you are, but, wherever you are, saya doakan semoga segala urusan awak dipermudahkan, semoga awak sentiasa tersenyum dan berbahagia. Don't be sad. Smile, cause it cures heartache.
:)



#MemoriRayaHotFM !! Rezeki!!

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam petang Ahad. Cerita dah basi sebenarnya. Raya pun dah nak sampai hujung-hujung pun kan. Haha. Baru feeling-feeling nak menulis, basi tak basi belakang kiralah ya. Haha.

Sebenarnya tak rancang pun nak join kontes anjuran Hot FM dan Darlie ini, tapi bila tengok requirement dia tak adalah susah mana, jadi kita cubalah nasib. Senang saja, cuma upload gambar memori raya dulu-dulu dekat Instagram beserta caption "kenapa anda inginkan potret raya baru", tag Hot FM dan Darlie, selesai! Senanglah kan? Kebetulan dalam handphone ada sekeping gambar raya tahun 1992 tak silap yang aku scan, jadi kita pun masuklah peraduannya dengan harapan dapat menang pakej bergambar. Mana tidaknya, dah lama sangat tak bergambar satu keluarga, tak pernah cukup korum.


Mungkin rezeki bukan pada hadiah utama, saguhati pun jadilah. Siapa nak bagi kan stok ubat gigi untuk berbulan-bulan. Haha. Dan semenjak dari ini, aku memang sibuk nak join kontes sana sini. Haha. Lagi-lagi kalau ada involve fotografi dan menulis.

Haih. Beginilah kehidupan diriku dikala ini. Sedih sedih. Tapi apa pun, segalanya dah deal bersama pihak Hot FM, mudah-mudahan hadiah-hadiah selamat sampai hendaknya. Haha.


Pssttt. Jangan tegur eh screenshot 1 Julai. Tahulah sekarang dah 31 Julai. Haha. Apa pun, selamat berhujung minggulah ya. Jaga diri semua. Selamat beristirehat. Assalamualaikum.


P/S : Teringat tahun 2002, masuk pertandingan dekat ERA FM, teka bunyi ke apa entah. Berjayalah menang sebiji aircond. Gigihlah pergi ke ASTRO angkut aircond bawa balik rumah. Haha. Adoiii.


[OST Drama Korea W Two Worlds] Jung Joon Young - Where Are U

$
0
0
Assalamualaikum.

Okay, kali ini, kita tulis sikit sajalah. Tak ada masa tulis panjang-panjang. Kita nak story sikit pasal OST untuk sebuah drama yang tengah popular sekarang (dengar ceritanya dah beat rating drama Doctor dan mengalahkan Uncontrollably Fond) bertajuk W - TWO WORLDS. OST pertama untuk drama ini dinyanyikan oleh penyanyi favorite, Jung Joon Young.

Padahal baru sangat Han Hyo Joo jadi guest untuk 1 Night 2 Days, tak lama lepas itu Jung Joon Young pula nyanyi untuk OST drama Han Hyo Joo. Kalau dekat mamat rocker Jung Joon Young ini, bagilah lagu apa saja, semua dia boleh bawa dengan baik, sejak zaman Superstar K lagi.

Drama ini menurut ceritanya hot sebab jalan ceritanya yang lain dari yang lain. Fresh. Kisah cinta lelaki yang wujud di alam komik dan wanita di dunia sebenar. Bila dengar jalan cerita, kita tahulah ianya bergenre fantasi. Selalunya bila genre fantasi, kita tak boleh agak macam mana pengakhirannya. Kita cuma selalu harap happy endinglah kan. Haha.

Okaylah, sedar tak sedar dah masuk perenggan keempat. Nak sambung kerja sikit. Selamat mendengar dan selamat menonton. Aku? Macam biasalah, perap dulu dalam hard disk, baru marathon. Okay semua, jaga diri. Assalamualaikum.

P/S : Pada aku Lee Jong Suk terlalu jambu, tak berkenan sangat pun bila dia jadi hero. Tapi dia sesuai sangat jadi watak komik. Memang terserlah kekacakan bila jadi watak dalam komik. Hahaha. Maaf pada yang tak setuju, ini pandangan 10 sen aku saja.



JUNG JOON YOUNG - WHERE ARE U

When you look down at the world from the sky
How would it look like?
When you connect the dots of all the people
What will it become?

Maybe that will be the line
That connects you and me
You’re someone I’ll meet some day
We just don’t know
No one does

I only look at things I want to look at
I only search for things I’m curious about
But that was you
It was you

We’re walking through the same time
Connected to each other

Whether I go to you
Or you come to me
Let’s be under the same sky

We kept meeting, continuously
We just didn’t see each other
Whether it was good or bad, it didn’t matter
We always passed by

Maybe we’re actually close
And know each other really well
But we still don’t really know that truth
No one does

I only look at things I want to look at
I only search for things I’m curious about
But that was you
It was you

We’re walking through the same time
Connected to each other

Whether I go to you
Or you come to me
Let’s be under the same sky
Let’s be under the same sky

[KREDIT LIRIK PADA POPGASA]






Lazy Saturday: Beautiful Gong Shim a.k.a Pretty Ugly

$
0
0

Assalamualaikum.

Amboi. Tu dia, ada segmen sendiri ke macam mana ni? Lazy Saturday lagi. Haha. Dah kalau nama lazy, dah tentulah tulisnya sikit ya tak? Selamat berhujung minggu semua. Marathon Beautiful Gong Shim pula, lepas bersusah payah habiskan Mirror Of The Witch. 20 episod yang terasa sangat panjang. Haha. Kita tengok pula Beautiful Gong Shim akan kena tak dengan selera kita. Happy weekend people. 

Assalamualaikum.


P/S : Mengekek-ngekek tengah malam aku tengok si Gong Shim main hide and seek dengan Dantae. Adoiyai. Keras perut mak, nak oii!! =p

Tapi apa pun Min Ah kena perbaiki lagi lakonan dia, intonasi dan cara penyampaian dialog dia agak membosankan dan tak berapa ada dinamik. Ecewah, macam diri sendiri pandai aje kan. Haha.




*Mood serabut gila*


Emotional Sunday: Terima Kasih Pun Dah Cukup?

$
0
0
Assalamualaikum.

Hujan oh hujan. Sedap betul cuaca bila time time hujan ni. Lagi sedap bila berbungkus dengan selimut kan? Haha. Dah Ahad dah, emotional Sunday pula tu. Haha. Esok kang Monday Blues pula, tak gitu? Hmm. Biasalah, bila buat perkara membuang masa seperti marathon drama Korea, kau akan alami macam-macam simptom pelik.

Senyum seorang diri, mengekek tiba-tiba, menangis teresak-esak, marah dan geram. Wow!! Senang kata semua jenis perasaan ada. Sebab itulah emotional Sunday. Maaf pada yang tak memahami simptom "orang marathon drama Korea". Kekeke.


Emosi jugalah tonton Beautiful Gong Shim a.k.a Pretty Ugly. Baru habis episod 14. Walaupun suka watak hero utama, tapi entah kenapa rasa macam nak bagi penumbuk pun ada. Hormon seorang penonton kot.

Rasa macam sama dengan apa yang aku lalui. Kisahnya hero utama kita sentiasa ada di sisi heroin kita tak kira susah ke senang, selalu kejar heroin sana sini, senang cerita memang mana heroin pergi, si hero mesti ada. Mula-mula si heroin biasa-biasa sajalah, tapi lama kelamaan hati dia terpaut dengan si hero yang selalu ada untuk dia, selalu tolong dia, selalu naikkan semangat dia, selalu buat dia senyum masa dia sedih. Dan bila si heroin dah suka dekat hero, luahkan perasaan pada hero, si hero pula menjauhkan diri, sepi menyepi. Haha. Memang tipikal drama Korealah kan. Tapi, entahlah...


Tersentuh terguris sikitlah hati, sikit saja okay, tak banyak pun. Yalah, orang yang selalu tanya khabar kita, selalu gurau dengan kita, selalu kacau kita, bila kita tersuka tanpa sengaja dekat dia, dan ketahuan dek si dia, tiba-tiba dia menyepi, hilang, tak ada lagi tanya khabar, tak ada lagi usikan dan gurauan. Itu pasal terasa hati sikit.

Orang kata, kalau tak suka, biar ditolak elok-elok. Tapi aku tak nak tahu pun, perasaan tersuka tanpa sengaja aku ini ditolak ke apa ke. Sikit pun aku tak nak tahu jawapan dia. Hmm. Cuma cukuplah kalau dia faham kenapa timbul rasa begitu pada diri aku, teringin juga bila orang appreciate perasaan kita. Bukan bermaksud menerima atau menyambut rasa kita, cukuplah dengan "Terima kasih"? Kot? Haha.

Merepek lagi eh aku pagi-pagi buta begini? Haha. Adoilah. Apa pun, berterima kasihlah pada mereka-mereka yang selama ini menyayangi anda. Okay? Wah gitu bunyi nasihatnya kan. Okay, sampai sini. Assalamualaikum.



Gong Hyo Jin Kembali! Drama Korea Terbaru 2016 Bersama Jo Jung Suk - Jealousy Incarnate

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam 2 pagi. Tengah duduk belek-belek entry dalam blog sebelum tutup laptop, tengok dalam draft ada 15 entry beratur. Semua tulis separuh jalan, virus malas pun masuk. Jadi tersadailah dia dalam folder draft tak berusik. Ada yang dah berusia setahun lagi. Haha.

Belek punya belek lagi, terfikir macam nak publish saja semua yang duduk beratur. Jadi maaflah kalau terspam dashboard ke timeline ke dengan entry aku ya. Haha.

Tapi entry yang ini fresh okay, tergerak nak tulis lepas tengok trailer dia. Plus Gong Hyo Jin adalah pelakon kegemaran hamba, jadi apa jua drama dia kita kongsi sikitlah dalam Cahaya Yang Riang Gembira.




[ALL PICTURES TAKEN FROM SOOMPI. THANK YOU.]

Drama bertajuk JEALOUSY INCARNATE ini menggandingkan Gong Hyo Jin dan juga teman lelaki si Gummy, Jo Jung Suk. Drama terakhir Gong Hyo Jin aku tonton adalah Producer, dan yang aku paling tak boleh lupa of course drama dia dengan pakcik Dokgo Jin, The Greatest Love. Berjuta kali tengok. Haha. Jo Jung Suk pula kali terakhir aku tonton drama dia bertajuk Oh My Ghost dengan Park Bo Young.

Drama ini akan ditayangkan pada penghujung Ogos di saluran SBS, selepas saja Wanted habis bersiaran. Drama bergenre romantik komedi ini dijangka mempunyai 24 episod. Adoi. Banyak juga oh 24 episod, tapi nasib baik romantik komedi. Kalau melo-drama, mungkin pertengahan jalan aku dah melo-nting sebab lambatnya nak habis!! 


Synopsis

The drama depicts romance as well as intense competitive rivalry between an anchor and a weather forecaster working together for a television news show.

The competition is fierce when you work at a broadcast news station. You have no friends, and everyone is out for himself or herself. Pyo Na Ri (Gong Hyo Jin) is a weather forecaster from a humble background. She secures a part-time contract to work at a prestigious broadcast network but soon realizes that petty jealousy and cutthroat competition surrounds her every day at work. When Na Ri falls in love with the station’s star news anchor, Lee Hwa Shin (Jo Jung Suk), will she be able to get what she wants both at work and in her personal life?


Bagi aku Gong Hyo Jin memang sesuai berlakon dalam drama romantik komedi. Siapa ingat lagi lakonan dia dalam Masters Sun? Masa dia tengah kena rasuk dengan macam-macam jenis hantu. Scene yang aku rasa memang thorbaik dan memorable.

Kalau ikutkan sinopsis dia nampak macam klise gila, kisah dunia penyiaran, percintaan, dah banyak sangat kan drama Korea ada setting begini, tapi dah nama penggemar tegar drama Korea, kita layan apa sajalah Labu.

Oh ya, drama ini juga mungkin akan ditayangkan di saluran Astro ONE dalam slot Ppali Ppali, jadi Malaysia boleh tonton exactly 24 jam lepas ditayangkan di Korea. Apa pun, kita nantikan episod pertamanya nanti ya.

Selamat malam. Assalamualaikum.

Apa Sebenarnya Rasa Disebalik Buah Yang Berkhasiat Bernama Avokado?

$
0
0
Assalamualaikum.

Avokado? Ke avocado? Sejam aku duduk fikir nak bubuh avokado ke avocado, nanti kalau bubuh avokado orang kata skemanya, bubuh avocado kena kecam suka campur bahasa Melayu dengan English. Hahaha. Zaman sekarang memang cepat orang kecam mengecam kan? Zaman dunia di hujung jari, memang bahaya dan ngeri. Sekejap saja dah jadi viral sedangkan kesahihannya belum tentu lagi pun.

Eh! Merepek sekejap. Biasalah, dah tua-tua otak senang hilang konsentrasi, sekejap fikir benda ini, sekejap nanti nak fikir yang itu pula. Geleng kepala tengok diri sendiri. Haha. Balik kita pada cerita avokado, teringat masa mula belajar eat clean, eat healthy. Kononnyalah nak eat clean kan, macam-macam bendalah aku gali, aku baca, forum fitness sana sini aku join, macam-macam aplikasi kesihatan aku install dalam telefon. Tapi kesannya begitu slow dan steady. Kalau lumba lari dengan siput pun agaknya siput sampai dulu.


Dan salah satu yang wujud dalam kamus eat clean and healthy adalah buah avokado. Memang selalulah tengok buahnya, dalam kepala otak dok fikir betapa masamnya buah ini siap terkenyit-kenyit mata. Maklumlah rupa dia dah ala-ala kedondong sikit. Bila orang dah sibuk kata buah ini bagus untuk dimakan semasa sedang diet, aku pun cubalah beli 3 biji. Mahal juga eh, sudahlah buahnya cinonet. Alahai.

Aku siap belajar lagi macam mana cara nak potong si avokado ini. Sambil duduk potong dan korek keluar isinya, mata aku dah terkenyit-kenyit membayangkan kemasamannya nanti. Bila pegang dekat tangan, auwww, agak oily buahnya. Struktur dia macam ada lembik-lembik sikit, terus aku terbayang kiwi. Dah habis potong, maka bermulalah episod terkujat, terpesona yang hadir dengan penyesalan. Adoiii! Menyesal aku beli 3 biji.

Tak reti nak describe macam mana, rasa macam lemak gila dan muak sangat. Semenjak dari hari itu, aku tak kenal lagi dah siapa dia avokado ni. Cukuplah sekali. Tsk tsk. Tapi mungkin aku saja yang pelik, sebab aku tengok ramai juga suka makan avokado. Ada yang buat salad, ada juga minat buat smoothie, lagi satu apa benda nama makanan orang putih tu, Guacamole ke apa. Memang popular dia ni.


Sebab apa dia popular, sebabnya dia adalah buah yang kaya dengan khasiat. Dan elemen yang paling popular adalah kandungan lemak baik yang ada dalam diri dia. Selain dari segala macam vitamin dan mineral yang juga tinggi kandungan dalam avokado. Sebab itu ianya jadi antara buah utama bagi mereka yang nak mengamalkan makan makanan yang sihat.

Hmm. Aku mungkin akan cuba rasa lagi, tapi tak pastilah bila. Lidah aku masih belum boleh lupa kenangan berlemak dalam mulut dulu. Mungkin satu hari nantilah. Anda semua, suka makan avokado tak?

Assalamualaikum.
:)


Attitude Huh?

$
0
0
Assalamualaikum.

Ehem ehem. Teringat satu kisah yang buatkan aku tergerak nak tulis pasal "Attitude Huh?". Ala-ala Kareena Kapoor dalam Khabi Khushi Khabi Gham pula. Ianya situasi yang selalu aku nampak dan lalui zaman bekerja dulu, cumanya ketika itu ianya macam dah kebiasaan bila lihat situasi seperti itu. Yalah, kita kuli saja pun, nak cakap lebih nanti jadi lain pula. Kita dengarkan sajalah apa yang boss kita bebel. Hmm. Tapi, bila kali ini ahli keluarga sendiri yang laluinya, buat aku fikir-fikir semula, buat aku sedar sesuatu, dan buat aku buka mata. Oh. Rasa bersalah pula bila difikirkan semula.

Attitude ini aku sendiri pun tak pasti nak labelkan sebagai apa. Kerek? Berlagak? Pandang rendah pada orang? Tak reti hormat orang? Atau kurang diajar? Aku tak marah pun, cuma aku rasa sedih bila wujudnya lagi sakit "attitude" begini dalam masyarakat.


Nak dijadikan cerita, adik aku dah berapa hari sakit perut campur pendarahan sikit-sikit, maka dia pun buatlah lawatan ke hospital. Bimbanglah kan takut apa-apa jadi. Pesakit ini ada 2 golonga. Satu yang jenis suka bertanya untuk dapatkan kepastian, satu lagi pula jenis yang diam hanya menurut saja. Barangkali takut kena marah agaknya. Huhu. Aku ada juga kongsikan dengan adik aku serba sedikit ilmu O&G yang masih segar dalam kepala aku, tentang pendarahan di awal kehamilan, tentang sebab-sebabnya, dan macam-macam lagilah. Bukan apa, supaya adik aku adalah sedikit general knowledge. Maka dengan berbekalkan sedikit ilmu itu, dia pun bertanya pada doktor, "Adakah ini disebabkan masalah uri?"

Doktor pula dengan kereknya menjawab, "Awak tak payah cerita pasal uri, itu dah masuk 20 minggu baru cerita balik." Ayat ini boleh menjadi ayat yang informatif jika distrukturkan semula dan nada penyampaiannya diubah. Dah dengar begitu, terus terbantut adik aku nak tanya soalan lain. Haha. 

Sebenarnya situasi sebegini tak cuma wujud dalam dunia perubatan, malah ada di mana-mana pun, selagi wujudnya golongan manusia begini. Golongan yang merasakan ilmu dia lebih, dan dia memperkecilkan usaha orang lain untuk memahami sedikit sebanyak ilmu yang dia ada. Tak salah pun kita perjelaskan apa yang merunsingkan fikiran pesakit, jangan diperolok-olokkan soalan dia walaupun pada pandangan kita, kita rasa ianya soalan bodoh, soalan yang tak patut tanya pun. Hello!! Kita mungkin tahu ianya soalan tak munasabah sebab kita belajar tentang itu, tapi orang awam tak tahu menahu tentang itu, jadi tugas kita untuk perjelaskannya supaya dia faham.

Contoh macam kes di atas, masalah uri ini kita akan pandang serius selepas 20 minggu. Sebabnya diawal kehamilan, fetus terlalu kecil, dan kedudukan uri akan sentiasa berubah-ubah, jadi tak perlu dirisaukan sangat. That is one way to explain. NICELY!
:)


Tak semua doktor begitu. Cuma ada golongan minoriti yang berperangai begini. Aku sendiri kenal ramai doktor-doktor pakar yang sangat berlemah lembut bila jelaskan tentangkan kondisi pesakit, sampailah si pesakit faham situasinya. Dan doktor-doktor pakar inilah yang dihormati ramai orang.

Alah. Luar dari dunia perubatan pun mungkin ramai yang melalui situasi begini. Kita ada sikit-sikit ilmu tentang sesuatu perkara, kita cuba nak berdiskusi untuk lebih faham dan tambah lagi banyak ilmu, sebaliknya usaha kita itu diperkecilkan oleh orang yang arif dalam bidang itu, yang tahu serba serbi. Pernah kan? Ya, macam aku cakap, golongan ini wujud walaupun cuma segelintir. Kalau boleh, kita janganlah menambahkan lagi bilangan yang dalam "segelintir" itu.


Hormat itu kita boleh dapat dengan cara kita pun hormat orang. Tak perlu berbicara sinis, tak perlu ada nada berlagak, tak perlu semua itu. Tak ke mana pun. Ingatlah balik, macam mana kita mula dari kosong tanpa ilmu dulu, sampai kita dah ada ilmu seperti apa yang kita ada sekarang. Kongsilah. Kongsi baik-baik. Nanti mak marah.

Heee. Bebel sampai sini sajalah. Assalamualaikum.


Viewing all 340 articles
Browse latest View live